Klik disini

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menunaikan Ibadat Tarawikh dan Selamat Beristirehat...

Salam...

Untuk anak-anak ku dan rakan-rakan anakku yang sedang melalui laman blog ini,.. Terima kasih kerana  menjadi penyunjung laman blog mama ini,. Hanya ingin berkongsi cerita sepanjang hari yang mana, rasa letih sangat-sangat  masih lagi terasa ketika ini. Ialah kerja nak buat. Dirumah semua kerja dilakukan seorang diri.

Suami ada juga membantu, anak-anak mama yang lelaki dua orang tu ada juga menolong, Mereka nampak letih mama pun faham, tapi tidak seletih mama. Walau apapun mama melakukan semuanya dengan ikhlas, satu kepuasan dapat dipamerkan bila suami, anak-anak dapat menghargai penat lelah mama ini.

Terima kasih anak-anakku kerana memahaminya. Untuk anak-anak mama yang lain... Hargailah ibubapa selagi ia masih ada, mahupun jauh atau pun dekat... Jika tiada ibubapa kita akan rasa kehidupan ini kosong... Walaupun kemewahan kita dapat, kasih sayang ibubapa tidak boleh ditukar ganti....

Renungkanlah.... Sayang selalu dari mama... Mmuuah...

2 comments:

intanurulfateha said...

hee i love u much mama!
sabtu nanti masak sedappppppp sedappp tau! ;D

Nur Hawa Mohd Zin said...

heheh...biasa lah mak cik...suruh angah tu wak keje lebih ckt