Klik disini

Friday, December 31, 2010

Terima kaseh mama...

Assalamulaikum buat anak2 mama yang dikasehi...

Hanya ingin mengucapkan terima kaseh pada mama...yang telah banyak berkorban buatku, banyak jasa mama yang tidak dapat kubalas walau sejuta tahun diberi kehidupan...walauapapun disaat ini dimana mama sangat2 memerlukankan aku, tak kan ku pergi jauh...kan tetap berada disisi, inshallah.

Akhirkata...sayang selalu buat mama dan anak2 yang disayangi.

Wednesday, December 29, 2010

Sangat tersentuh...

Assalamulaikum...anak2 mama dikasehi,

Setiap hari kita akan dikelilingi pelbagai permasalahan...tapi jangan salahkan orang lain sekiranya kita dijauhi oleh teman2... kerana kadangkala kita langsung tak memikirkan perasaan orang lain, hidup sememang tak lama, pejam celik masa akan terus mengajar kita...perasaan orang lain jangan diabaikan...kerana kehidupan ini adalah pusingan roda...Allah menjadi saksi segala kejadian...apa lagi nak dikata kerana kata2 tidak dapat menyapa perasaan...perasaan ini sangat tersentuh.

Sayang selalu dari mama.

Monday, December 27, 2010

Biar apa pun aku tetap aku...melayan anak2 diblog.

Assalamulaikum...salam satu Malaysia buat anak2 mama.

Best juga bila dapat duduk depan komputer, luang2kan masa...klau tak boring jugak, hari2 perkara yang sama mama lakukan. Tak siapa nak menyapa kecuali anak2 mama di blog ini. Ialah hari2 kita lakukan benda yang serupa...untuk mencari kelainan mama jln2 tgok blog anak2...wah anak2 sekarang lebih advance...macam2 kemudahan anak2 dapat. Tak seperti mama masa dahulu....Walauapapun, setiap kemudahan yang anak2 dapat sekarang adalah berkat usaha ibubapa jadi pandai2lah anak2 ya.

Akhirkata, masa itu bukan emas tapi Berlian...ia tidak akan bersinar klau tidak digilap, masa yang lepas tak akan berulang...jadi pandai2lah, jangan menyesal bila orang lain berjaya kenapa kita tidak...sebabnya kita tak pandai mengaturmasa silam kita...kita banyak leka.

Sayang selalu dari mama. Kata2 adalah nasihat saja.

Friday, December 24, 2010

Orang yang sabar....selalu akan menang.

Assalamulaikum anak2 yang dikasehi...

Dah lama mama tak update blog mama, mama sangat rindu pada anak2 tapi mama sibuk sedikit... Banyak commetment yang kadang-kadang memang perlukan kesabaran. Banyak benda berlaku tanpa diduga...semuanya menjadikan mama lebih banyak belajar dan berwaspada...tapi kita hanya mampu bersabar dan berdoa...semoga Allah memberkati semua dan melindungi... InshAllah.

Banyak pengalaman yang dilalui membuatkan kehidupan lebih berani, sungguhpun begitu kesabaran adalah kunci kejayaan...Banyak2lah bersabar, tentunya kejayaan akan menanti dihadapan. Dan jika kita mengalah tak semestinya kita kalah...disitu ada hikmah yang Allah nak uji kita. Sebelum berjaya dalam sesuatu maksud kita akan diuji dan diuji dan diuji...itulah kehidupan, seperti pusingan roda...Adamasa kita diatas dan adakalanya pula kita dibawah...

Akhirkata - sayang selalu dari mama.

Monday, December 13, 2010

Berhati-hatilah...kita sering diperdaya.

PENTING!! . ..tolong sebarkan. Moga Allah balas jasa baik.....

Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay "(Terus reject)
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran.......sebenar ayat Bible.


Friday, December 10, 2010

Bulan 11 dan 12 adalah bulan yg meriah dengan Hari Jadi...

Assalamulaikum...bertemu lagi pada anak2 yang dikasehi...

Dah agak lama mama tak dapat meluangkan masa untuk dairi seorang mama, hari ini kita citer2 sket.

Bulan 11 dan 12 adalah bulan Menyambut Hari Jadi untuk anak mama - mula2 Hari Jadi Muhammad Afiq pada 20/11, kemudian Muhammad Adib 28/11, Intan Nurbatrishya 7/12 dan arini Intan Nurulfateha 10/12...Mama raikan simple je...walaupun tak meriah tapi bebaloilah jugak. Ni baru blek raikan Harijadi Intan Nurulfateha, mkan kat Seafoods je, kitaorang mkan steamboad n ikan siakap 3 rasa...bole tahan gak sedap. Tapi mama mkan tak habis...biasalah mama suka makan lauk je...Jadi bulan 11 dan 12 adalah bulan yang mewah dengan kek Harijadi, untuk Nur Intan mama tak blikan kek sbb Nur Intan dah buat kek sendiri...nak rasa jomlah datang umah, ada mama bekukan dalam peti ais.

Akhirkata - jika kita merasa sedih atau kecewa, jangan jadikan kesedihan dan kekecewaan sebagai penghalang untuk segala2nya...Berdirilah dengan berani untuk mengejar impian...lupakan masa silam, bena impian baru.

Sayang selalu dari mama.

Happy Birthday - To my Sweet Intan Nurul Fateha bt Baharom.