Klik disini

Sunday, October 31, 2010

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir - Suka dengan lagu ini...layan dengan penoh keinsafan. Mudah2an kita semua dapat petunjuk dari Allah.



Aktiviti dihujung minggu...setelah penat dgn macam2 hal

Assalamulaikum anak2 yang dikasehi....

Mata memang dah berat...tapi mama tetap mahu meneruskan coretan mama, sehari ni mama tak kemana-mana, habiskan masa dihujung minggu dirumah bersama keluarga. Seronok juga, memgemas, membasuh, memasak...harini sememangnya sangat best. Bila dah penat selera pun boleh tahan. Nasib baiklah mama ni jenis tak mudah nk mengemukkan badan. Kalau tidak pasti mama dah obes.

Diawal pagi rasa macam bosan...ape nk buat ni... Mama sememangnya bila hari2 cuti suka duduk dirumah, home deco kat rumah sendiri...Bila dh tghari barulah mood bertambah stabil. Banyaklah idea... megalih perabut dh bermula...Pilihan utama dibahagian dapur...Tengok dapur cantek dan tersusun barulah ada mood nak memasak.

Masak apa!...harini mama masak ketam lemak ciliapi, ini adalah masakan kegemaran keluarga. Bagi anak2 mama yang tinggal jauh...telan air liur je lah yea...tak pe nanti bila balik cuti pasti mama masak lagi untuk anak2 mama...

Akhirkata - kita yang kena ujudkan suasana dalam kehidupan, jika tidak kita rasa hari2 adalah membosankan...sayang selalu dari mama.

Thursday, October 28, 2010

Nur Kasih- Inteam

Assalamulaikum buat anak2 yang dikasehi lagi disayangi...

Tak dapat mama gambarkan betapa luasnya kasehsayang mama terhadap anak2 mama. Layan lagu yang syahdu...untuk buat panduan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Sayang selalu...mama.

Tuesday, October 26, 2010

Hari ini ibu menyatakan sangat sayang padaku...

Assalamulaikum...anak2ku sayang...

Hari ini ibu menyatakan sangat2 sayang padaku...luruh hatiku bila mendengar kata2 ibu. Ialah akulah hanya seorang anak perempuan ibu...kata bidalan akulah madu dan akulah juga racun...tapi bidalan ni harus diperbaiki - tak sesuaikan.

Dihari kebiasaanku pulang saja dari kerja, aku akan menyapa ibu, redupmata ibu merenung kearah ku yang baru pulang dari kerja, duduk sebentar disisi ibu sambil megusap rambut, sambil bertanya khabar ibu...

Hidup ini adalah putaran roda...mudah2an Allah akan memelihara kita sehingga keakhir usia...

Sayang selalu dari mama buat anak2 yang dikasehi.

Monday, October 25, 2010

isteri cerdik yang solehah.wmv



Dekcha...caca...IntanNurBatrisyha...penawar hati mama

Assalamulaikum...anak2 mama yang dikasehi...jangan jealous yea jika mama mengatakan yang caca penawar hati mama. Caca bukan saja pandai mengambilhati mama tapi caca sering buat mama tersentuh...Tiba2 dia datang dengan suara yang manja memberitahu...mama sayang caca!...caca sayang mama banyak2. Caca pun cium mama dengan muncung bibirnya...cuup! pastu caca minta mama menciumnya pulak, sayu mama tengok keletahnya.

Dua tiga hari ni caca menyanyi...papa ku pulang dari kota,papa ku belikan kereta...
tiap2 hari caca akan dapat pelajaran yang baru...kadangkala terfikir dihati betapa Allah sangat menyanyangi hambanya sehingga memberi penyeri dalam kehidupan kami sekeluarga untuk berkongsi kasehsayang...Kebesaran Allah tidak boleh disangkalkan.

Akhirkata...Sayang untuk semua anak2 mama.

Sunday, October 24, 2010

Doa - Rahimah Rahim



Assalamulaikum buat anak2 yang dikasehi...layani lagu yang syahdu ini untuk tatapan anak2 yang disayang.

Salam selalu dari mama.

Saturday, October 23, 2010

Alhamdulillah...berkat kesabaran...akhirnya...kebaikan yang kita dapat.

Assalamulaikum anak2ku yang dikasehi...banyak yang perlu ditempuhi dalam meniti kehidupan, pahit manis, semuanya kita perlu rasa bagi menlengkapkan kehidupan. Kadangkala kita tak rasa...bila kita menyakiti hati orang lain... Bila tiba2 musibah melanda diri sendiri baru nak sedar dan kadangkala maseh tak sedar lagi, yg kita pernah buat orang lain suatu ketika dulu...inilah kehidupan...pusingan roda.

Tidak mengapalah anak2...biar besar manapun dugaan yang kita tempuhi...kesabaran kunci utama...kita layan dengan baik, buat tanggungjawab dengan ikhlas, hati sentiasa bersih, buang niat jahat...ketenangan akan terpancar diwajah.

Akhirkata - baik pada semua...niat kita Allah saja yang tahu.

Sunday, October 17, 2010

Ibu ku sayang...

Assalamulaikum anak2ku sayang...

Terbaring sepi ibu seorang diri dikamar...hanya aku saja tetamu yang tak jemu2 melawat ibu, sekaligus akulah penawar hati ibu, segala2nya hanya ibu dan aku saja yang tahu - Allah menyaksikan segalanya...

Anak2 mempunyai ibu lg tak, selalukah anak menanya khabar ibu ayah dan adek beradek yang lain. Kenangi ibubapa...bukan minta, tapi kenapa dengan yang lain kita boleh tapi dengan yang mengasehi kita...kita selalu abaikan...jangan menyesal anak2 bila nanti ibu telah tiada barulah kehausan kaseh ibu...berilah sedikit waktumu untuk ibu yea.

Mama sayang anak2 mama...luv u n take care. Bye

Selamat BerMuet buat Intan Nurulfateha binti Baharom

Assalamulaikum...Nur Intan - Nama ini selalu berada dihati mama - Intan Nurulfateha, tercipta nama2 indah berkat dari kasihsayang mama n abah.

Tahniahlah...Bermuet hari ni di Kolej Mitrikulasi Londang Melaka, arini writting sok lak oral, ge ngan kawan2 berlima...sewa kete - Ya Allah lindungi anakku, pergi balek dalam keadaan yang selamat.

Mama tahu agh memang anak yang bijak, buatlah yang terbaik, mudah2an dapat yang cemerlang. Kata along agh boleh dapat 4, along ngan yeop dulu dapat 3. Alhamdulillah...apa2pun mama doakan yang terbaik untuk anak2 mama.

Luv u all... bye

Anak yatim - Siti Khadijah berkelakuan ganjil

Assalamulaikum...anak2 yang dikasihi...mama nak menceritakan tentang anak saudara yang disampok semasa ketandas sekolah seorang diri. Cerita ni mama dapat tahu dari ibunya...sesak nafas mama sekejap. Disekolah - 2 jam cikgu dan rakan mencari tak jumpa, dalam tandas pun dh tengok tak ada...last2 jumpa juga dalam tandas...mama tnye ngan anak saudara - dia jawab ada lembaga yang mengajak dia ke situ, dan nk bawa ke hutan...Adui masallah ni, ibunya ge cari2 air2 penawar dan amalan zikrullah dan solat hajat serta bacaan yasin yang tak jemu, alhamdulillah nampak seperti dh beransur pulih. Ya Allah...Lindungi kami dan anak2 yatim ini dari dugaan yang tak mampu kami menghadapi...

Semalam mama ge jengah anak2 tu...nk tengok mcm mana keadaan, nampak dah elok, mama berpesan pada ibu jika ada masallah lg cepat beritahu...Skrg ni siti khadijah ibunya rehatkan dari kesekolah - bimbang perkara yang sama berulang.

Berat2 mata memandang...berat lg bahu yang memikul. Mudah2an Allah saje menjadi saksi segala kejadian. Kita yang diberi kesempurnaan kehidupan janganlah menambahkan beban dengan mengandaikan yang lain2...doakankan.

Sayang selalu dari mama.

Monday, October 11, 2010

Suka duka lumrah kehidupan...jangan mengeluh.

Assalamulaikum...anak-anak ku yang dikasehi.

Suka duka dalam kehidupan adalah lumrah...jangan sedih jangan mengeluh, terima dengan hati yang ikhlas... akhirnya kita dapat menilai... jika tiada duka kita tak pernah nak bersyukur...kita buat sesuatu mengikut rasa... tak peduli...dan tak pernah nak rasa menyesal... tapi tahu tak Allah menyaksikan segala2nya.

Sayang mama...mama mempunyai banyak pengalaman yang ingin mama kongsikan, biar anak-anak tahu betapa manisnya perpisahan dimasa remaja...inilah yang akan menjadi ingatan bila dihari lain. Jangan nak harap semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan...semuanya akan terabai begitu saja bila hati dah jemu...bila kasehsayang tidak diperlukan...

Sayangilah diri kita, belailah diri kita dengan kalimah Allah, kerana Allahlah penentu kehidupan, merayulah pada Allah tanpa rasa jemu. InshAllah...sesungguhnya Allah akan selalu menolong pada umatnya yang dianiaya @ teraniaya.

Akhirkata - dimasa suka dan duka ada hikmah...berdoa dan bersyukurlah dengan tanpa rasa jemu...Sayang selalu dari mama.

Perjalanan -

Assalamulaikum... anak-anak yang dikasehi

Pagi tadi lebihkurang kul 8 pg mama bertolak ke UPM Serdang, untuk meraikan kawan anak konvo dan bertemu keluarganya. Alhamdullilah, tahniah mama ucapkan pada Izatul Fatiah kerana telah berjaya merangkul Ijazah...mudah2an cepat dapat kerja dan dapat membantu keluarga.

Selepas tu mama kerumah abang suami diKlang, berhariraya...walaupun raya dah habis. Seronok dapat berjumpa dengan anak-anaknya yang semuanya telah remaja. Terima kasih diatas layanan yang sangat istimewa - siap makan tengahari. Terima kasih ya...Dikesempatan yang sama mama luangkan masa kerumah sepupu suami yang tinggal di Pandamaran - dah lama beno mama tak jumpa - sekali2 jalan tu memang jalan betul, tak pernah pergi berpusing2 sampai sesat...last2 jumpa jugak. Minum petang high tea, berbual2 lama jugak, diam2 dah 6 ptg. Adui!!! tdi janji ngan eza nak singgah Kajang umah sepupu Eza, tempat Eza bermalam bersama2 famili, kalau tak singgah takut touching, so mama btahu kat eza elok2 sbb tak dapat singgah...eza kata its ok...tak tahulah...lagipun dah dekat nak Magrib, segan mama - dahlah baru petama kali jumpa.

Teruslah kami sekeluarga bertolak pulang keJohor. Dalam perjalanan ada kemalangan berlaku, terkejut mama, kenderaan berasak2, masing2 nak cepat...hati mama dub dap dub dap...Ada yang parah ada yang meninggal dunia ditempat kejadian - Innalillah...
Tak tahulah siapa yang bersalah...jika nak tahu cerita tentang accident tu, bacalah blog anak mama Nur Intan...Ngeri sangat.

Pesanan mama, biar lambat asalkan selamat... rancang perjalanan, sedikit kesabaran dapat menyelamatkan banyak jiwa. Sayang selalu dari mama.

Saturday, October 9, 2010

Intan Nurbatrishya...mama sayang caca

Assalamulaikum...buat anak-anak mama yang dikasehi...

Hari ini mama nak bercerita tentang caca yang sangat bijak...bijak...bijak, Caca adalah anak mama yang kelima...entah macammana boleh ada lg anak kecil bila umur dah melewati 40an...Ini semua rezeki Allah bagi...mungkin hadiah yang paling istemewa dalam sejarah kehidupan mama...

Untuk pengetahuan anak2, setiap ibu sangat menyanyangi anak-anaknya melebihi menyanyangi diri sendiri, sanggup berbuat apa saje demi anak-anak...Along, angah, yeop, dekfiq n dekcha, inilah buah hati kami berdua. Masa mula dekcha lahir...mama tak tahu nama apa nak bagi...mintak pendapat suami - sukati mamalah abang ikut saja, cantek pada mama cantek juga pada abang...inilah jawapan suami yang tak banyak kerenah tapi cerewet gak. Bincang2 dengan anak-anak...anak lelaki - no idea, anak perempuan mama yang dua tu memang byk songel...tp mereka bijak, mereka mencadangkan letak saje nama Intan Nur Batrisyha, sbb anak perempuan mama namanya semuanya ada intankan...So kami semua bersetuju...

Sekarang diam2 umur caca dah 4 tahun 10 bulan...ni caca sedang menyanyi...pak mamat ada kebun e ya e ya ho...sambil minum susu. Caca tnye mama buat apa...adelah...Adanya caca telah mengubah penghidupan kami sekeluarga, semuanya ada tanggungjawab...Suami mama selalu berpesan jika kami berdua ditakdirkan tiada... tolonglah jaga amanah yang diberikan pada kita dengan sebaik-baiknya, berikan pelajaran dunia dan akhirat...mama mahukan caca diberi kasehsayang yang serupa sebagaimana yang mama berikan selama mama menjaganya...jangan sekali menguris hatinya dengan perkataan...kau anak...bagilah hak yang sama, sama bagi samarasa. Sesungguhnya harta didunia hanyalah pinjaman sahaja...

Akhirkata - mama sayang kamu semua...kasehsayang yang tak boleh ditukarganti.

Thursday, October 7, 2010

Kasehilah dia sebab dia anak yang tak berdaya

Assalamulaikum...mama nak berkongsi sedikit pengelaman bagaimana kanak-kanak didera fizikal oleh saudara sendiri yang tak bertimbangrasa. Jenoh mama mengendalikan masallah ini sampai 1/2 hari baru selesai...mulanya nampak mudah bila dah tiba dihospital lain pulak jadinya, macam2 prosedur dilalui, akhirnya selesai juga.

Mama nak pesan pada anak-anak, jika ada adek, saudara atau saudara yang maseh kecil, tolonglah jaga elok2, sekarang ni dunia dah tanpa sempadan, banyak perkara pelik2 yang tak kita duga akan berlaku...

Pesanan dari mama...jika bekalan agama kita cukup, kita akan sentiasa mengunakan akal dalam segala hal. Sayang selalu dari mama...mama sayang anak-anak mama, bye.

Tuesday, October 5, 2010

Sementara Sehat...kita beringat

Assalamulaikum...anak-anak yang disayangi,

Mama nak menceritakan tentang apa yang perlu diingat sementara diri kita sehat, terutama dibulan2 raya ni banyak sangat kita ke open house sana dan sini, dipejabat, dirumah, marhaban lain, rumah penghulu, rumah guru, rumah YB, eh macam-macam tempat,klau nak tulis tak cukup ruang disini, pernahkah kita ingat apa yang kita makan kebanyakan berlemak, berminyak semuanya unsur2 x sihat. Tu yang mama nk suruh anak beringat, mama nak tanya ada tak senaman dilakukan secara berkala, sekurang2nya mestilah berpeluh...kesihatan tu kita kena jaga. Bila sakit mama juga yang kena jaga...nurselah katakan.

Diakhirkata mama ucapkan Tahniah! jika anak-anak melakukan aktiviti yang sehat,kesihatan diutamakan...mama sayang anak-anak mama.

Monday, October 4, 2010

Cabaran HPV (Human Papiloma Virus)

Assalamulaikum...anak-anak yang dikasihi

Hari ini adalah satu cabaran bagi mama dan rakan sekerja yang lain, pelancaran suntikan HPV - untuk mencegah kanser servik telahpun selesai dilaksanakan pagi tadi, mula suntikan jam 9 pg dan selesai pada jam 11 pg. Suntikan diberi pada murid perempuan Tingkatan 1, alhamdulillah x de apa-apa yang belaku...maksud mama x de murid2 yang pening2 or else. Kami stanby 1 jam untuk memerhati keadaan murid....bila ok, kamipun pulang keklinik dengan rasa puashati...alhamdulillah.

Untuk pengetahuan anak-anak suntikan ini sangat mahal harganya jika diambil diswasta, rugilah kiranya kita menolak untuk disuntik...tapi sayangnya KKM hanya suntik murid Tingkatan 1 saja. X pelah, kita amalkan cara hidup sehat ye...mudah2an bila budget mencukupi kita semua diberi suntikan yang sama ditahun hadapan.

Setakat ini dulu untuk hari ini, dairi mama mengundur diri, sayangi diri kita...

Sunday, October 3, 2010

Menghormati Majlis...

Assalamulaikum...anakku yang dikasihi,

Mama ingin memceritakan sedikit pengalaman - ni nk share je...bila kita ke sesuatu majlis, mahupun majlis itu kita yang anjurkan atau anjuran oranglain yang kita terpaksa hadiri, sama ada kita suka atau tidak kita kena menghormati majlis...janganlah dikemuncak majlis kita pulak buat hal dan alasan - bila kita buat masallah, majlis yang tadinya nampak best jadi macam x best pulak. Kalau rasa x boleh sesuaikan diri lebih baik x payah hadir...

Untuk mencalarkan suasana sekejap je...jadi sekiranya anak2 tidak suka pada sesuatu event - dengan hormatnya mama katakan x perlulah hadir ya...nanti akan menguris hati orang yang mengundang...gurisan itu akan tercalar, kesannya x akan hilang.

Dairi mama - semuanya tentang mama. Salam sayang untuk anak2 yang disayangi.

Saturday, October 2, 2010

Jamuan Hari Raya diKlinik

Assalamulaikum...

Anak-anakku...
Jamuan Hari Raya diperingkat Klinik tempat mama bertugas telahpun selesai dengan jayanya, Pegawai Kesihatan Daerah, Penyelia-penyelia dan Ketua-ketua Jururawat pun hadir,
Memang meriah dan happening!!!

Tapi...
Disuatu sudut yang lain mama rasa mama x seronok sebab anak mama along n angah x dapat balek, biasanya mereka ada bersama memeriahkan lagi suasana, dekfiq pulak ge kamping, yang ada suami mama, yeop n dekcha....
Ok lah jugak dari x de kan!!!

Akhirkata...be yourself...mesti ada pegangan hidup n halatuju,
Sayang selalu dari mama.

Friday, October 1, 2010

Salam - Pagi Jumaat yang Istimewa

Assalamulaikum...

Anak-anak mama yang dikasehi...dah lama tak update blog - tak sempat, mama majuk... sedih. Ada aktiviti dan perkara yang membuat mama x ready untuk share... Tapi mama tetap ingat pada anak-anak mama... yang tak jemu2 menyunjungi blog mama, yang tak de apa-apa pun yang istimewa untuk dikongsi. Buat pengetahuan anak-anak mama - mama kena berhati2 bila menulis...mama takut setiap perkataan mama akan menyinggung emosi...yang lain. Kalau terlalu emosi nanti membuat airmata mengalir...so kita beristifar je...SubhanAllah

Ok, hari ni, di klinik mama ada membuat jamuan Hari Raya, Mama sangat2 sibuk, mama takut gak mama x mampu untuk berdiri langsung - semalam mama melepek kat sofa smpai kepagi,, ni baru ok sket...jap ni nk amek ubat untuk stanby... mengumpul kekuatan...tenaga semacam dah x de...doakan akan kesejahteraan mama...Alhamdullilah...dapat juga mama mengakhiri coretan ini. Sayang selalu dari mama...Allahhuakbar.