Assalamulaikum... anak-anak yang dikasehi
Pagi tadi lebihkurang kul 8 pg mama bertolak ke UPM Serdang, untuk meraikan kawan anak konvo dan bertemu keluarganya. Alhamdullilah, tahniah mama ucapkan pada Izatul Fatiah kerana telah berjaya merangkul Ijazah...mudah2an cepat dapat kerja dan dapat membantu keluarga.
Selepas tu mama kerumah abang suami diKlang, berhariraya...walaupun raya dah habis. Seronok dapat berjumpa dengan anak-anaknya yang semuanya telah remaja. Terima kasih diatas layanan yang sangat istimewa - siap makan tengahari. Terima kasih ya...Dikesempatan yang sama mama luangkan masa kerumah sepupu suami yang tinggal di Pandamaran - dah lama beno mama tak jumpa - sekali2 jalan tu memang jalan betul, tak pernah pergi berpusing2 sampai sesat...last2 jumpa jugak. Minum petang high tea, berbual2 lama jugak, diam2 dah 6 ptg. Adui!!! tdi janji ngan eza nak singgah Kajang umah sepupu Eza, tempat Eza bermalam bersama2 famili, kalau tak singgah takut touching, so mama btahu kat eza elok2 sbb tak dapat singgah...eza kata its ok...tak tahulah...lagipun dah dekat nak Magrib, segan mama - dahlah baru petama kali jumpa.
Teruslah kami sekeluarga bertolak pulang keJohor. Dalam perjalanan ada kemalangan berlaku, terkejut mama, kenderaan berasak2, masing2 nak cepat...hati mama dub dap dub dap...Ada yang parah ada yang meninggal dunia ditempat kejadian - Innalillah...
Tak tahulah siapa yang bersalah...jika nak tahu cerita tentang accident tu, bacalah blog anak mama Nur Intan...Ngeri sangat.
Pesanan mama, biar lambat asalkan selamat... rancang perjalanan, sedikit kesabaran dapat menyelamatkan banyak jiwa. Sayang selalu dari mama.
No comments:
Post a Comment