Klik disini

Tuesday, December 6, 2011

3/12 yg penoh dugaan dan memerlukan kesabaran...

Assalamulaikum...berat2 mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...bidalan ini sangat sesuai pada diri mama yang sudah mc hampir 3 bulan...bukan cuti bersalin yea...cuti sakit sebab kemalangan...kemalangan ini berlaku adalah disebabkan kesibukan menguruskan pekerjaan...menguruskan keluarga...dan fikiran yang tidak dapat menumpu pada sesuatu perkara dengan tepat...apabila fikiran terlalu berserabut...inilah dapatnya...terpelicuk dan mengakibatkan kepatahan dijari kelengking kaki...perkara dah berlaku...

Sebenarnya Allah sedang menguji mama...ujian ini mama terima...Alhamdulillah, apapun bermuhasabbah diri adalah yang terbaik buat mama...pada 8.12.2011 mama akan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk temujanji Klinik orthopedik...mudah2an tulang telah bercantum, InsyAllah...Aamiin...itulah harapan pesakit yang telah 3 bulan tidak dapat berjalan mengunakan kaki sendiri...

Walaubagaimanapun...terima kasih mama ucapkan pada kawan-kawan, adek-adek, Anak-anak yang telah banyak memberi sokongan moral pada mama...Allah jua yg akan membalas...Terima Kaseh juga pada suamiku yang banyak membantu dalam urusan rumahtangga...I luv u...lepas ni mama belanja abang makan angin...

Sayang selalu dari mama.

Saturday, October 8, 2011

Saturday, September 17, 2011

Astaghfirullah ~ Marshanda by Nina

Assalamulaikum...
Aamiin Aamiin...sesuatu itu pahit untuk dilalui... sukar tp sangat memberi pengertian yg mendalam...biar dugaan ini kulalui...Terima kasih Allah yang menguji aku, aku reda...Terima kasih juga pada suami dan anak2ku yang banyak memberi sokongan secara moral dan fizikal...Setiap perjalanan kehidupan ada dugaan yg telah ditetapkan oleh Allah...Terima kasih juga pada rakan2 sekerja jiran sahabat handai saudara mara yg sudi menziaarahi aku semasa di wad dan juga dirumah...terharu dan terima kasih.

Kata-kata buat renungan semua - Janganlah kita ingat kita ni gajah yang sangat besar...hingga semut yang kesakitan kita pijak tanpa rasa belas kesian...

Mohon Maaf Zahir Batin - wassalam.

Wednesday, September 7, 2011

Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa

Assalamulaikum...
untuk anak2ku semua...
Berdiri ibu sekarang adalah untuk mendoakan anak2...

Sayang selalu dari mama. kejalan yang diredaai...

Sunday, September 4, 2011

Do'a Ukasah Tarjamah - Part 3

Bacalah sehingga selesai...dan anak2 semua akan diberi petunjuk...Alhamdulillah...

Luv u all - sayang selalu dari mama.

Do'a Ukasah Tarjamah - Part 2

Baca...dan amati dengan kyusuk...

Do'a Ukasah Tarjamah - Part 1

Assalamulaikum...buat anak2ku sayang, bekalan ini dari mama untuk anakku sayang...

Thursday, September 1, 2011

DOA UNTUK KEDUA ORANG TUA

Assalamulaikum...
Buat anak2ku dan anak2 yang lain...mudah2an kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah kejalan yang diredai...diberkati....

Monday, August 29, 2011

Aku - diTahun Pertama berhariraya tanpa * mama*

Assalamulaikum...Sedih maseh lagi terasa dibenak jiwa, nampak gembira, didalam...hanya Allah saja yang mengetahuinya. Dimasa yang lalu banyak kenangan indah bersama mak, kini hanya tinggal kenangan...yang tak boleh diluput didalam ingatan. Ini HariRaya yang pertama aku beraya tanpa mak...mak yang banyak menceriakan suasana, mak yg suka makan kueh ros, rempeyek, tumpi...aku tak boleh nak buat...lgsung...sedih, Ni anak2ku sibuk membuat kueh dan telah selesai menganyam ketupat...kekadang aku duduk terfikir...sampai bila harus aku jadi begini...

Pada anak2 yang maseh punya ibu - maafkan segala kesalahan ibu dan doakanlah pada kesejahteraan ibu selalu...hanya doa anak yang dapat menolong ibu...Aamiin.

selamat hari raya-SanisahHuri

Assalamulaikum...Kepada suamiku yang dikasehi
Maaf zahir dan batin mohon siisteri
Kalau salah terkasar bahasa ku
Ampun dan maafkan yang dinda harapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Dzahir dan Bathin.

Assalamulaikum...
Harini kusempatkan juga untuk update blog yang dh lama terperesuk disatu sudut yang tak siapa pun nk datang menjenguk...Banyak perkara yang terpaksa diutamakan...yang Wajib kita dahulukan...blog adalah sampingan je...


Sempena dibulan akhir Ramadhan dan Esok kita umat islam akan berhariraya saya mengambil kesempatan... untuk anda semua...

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah, ada ketelanjuran kata
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa
Haraf dimaafkan segalanya...

* Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Dzahir dan bathin*

Friday, August 26, 2011

Wednesday, July 20, 2011

DO'A UNTUK IBU by UNGU

Assalamulaikum...
kasih ibu tiada batasan
tak ada yg lebih...untuk dibandingkan
kekusutan hati dapat dileraikan
Hanya dengan doa ibu yang tak pernah padam...

Sayang selalu buat ibu...Alfatihah

Saturday, July 2, 2011

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Assalamulaikum buat rakan2 dan anak yang dikasehi....

Bacalah artikel ini buat pendoman...artikel ini mama ambil dari kawan mama yang telah kembali keRahmatullah pada 1.7.2011 - Alfatihah buat beliau...Jamaliah bt Daud, mudah2an rohnya dicucuri rahmat...insyAllah...Alfatihah.Bahagia Itu Apabila Membahagiakan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, June 3, 2011

Tip Kulit Cantik dan Mulus...

Assalamulaikum...

Apakah yang anda lakukan untuk mendapat kulit yang segar, lembut dan bebas daripada noda? Kesemua produk penjagaan kulit didunia ini tidak akan mampu membantu anda tanpa diet yang sehat. Diet yang betul memberi nutrien kepada kulit dari dalam keluar, jadi anda akan kelihatan dan berasa lebih hebat.

1. Ikan mengandungi minyak yang digunakan sebagai *makanan* untuk kulit.

2. Vitamin A, penting untuk kulit sihat seperti sayur-sayuran berwarna (lobak merah dan tomato) dan berdaun hijau (brokoli dan Bayam).

3. Vitamin E, berfungsi mencantikkan kulit melalui diet seperti kacang hazel dan almond.

4. Pastikan diet anda diwakili 20 - 30 peratus kalori daripada lemak sihat sebagai contoh avokado, minyak zaiton dan minyak kanola untuk mencegah masallah kulit kering.

5. Makanlah sekurang-kurangnya lapan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

6. Elakkan makanan ringan yang kaya dengan lemak seperti makanan bergoreng.// Harmoni.

Amalkan gaya hidup sihat - Bersolat, jaga pemakanan, beriadah...dan kurangkan gula dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman.

Thursday, June 2, 2011

Wanita dan Hormon Estrogen...

Assalamulaikum...

Bermula seawal umur 35 tahun wanita mengalami penurunan hormon estrogen. Ini sangat ketara sehingga ke paras sangat rendah selepas usia putus haid.

Estrogen menjaga kecantikan kulit dan penurunan hormon ini membuat kulit wanita kian kering, nipis dan kurang anjal & menyebabkan kulit berkedut dan kendur. Kolagen dan elastin yang merupakan tunjang keanjalan kulit juga semakin kurang.

Sinaran UV juga menyumbang kepada proses kedutan, oleh itu lindungi kulit muka dengan krim pelindung cahaya matahari sekurang-kurangnya SPF15.

Paras estrogen yang rendah juga membuat rambut menipis. Wanita hampir putus haid menpunyai 13% risiko bagi masallah ini, dan meningkat 37% selepas putus haid. Untuk masallah ini, disyorkan mereka amalkan pemakanan seimbang dan pastikan mendapat bekalan vitamin B, C dan E mencukupi. Galian seperti zink, zat besi, kalsium, kuprum dan magnesium juga membantu.

Kekurangan estrogen boleh diatasi dengan mengambil hormon estrogen dari sumber semulajadi yang dikenali sebagai phytoestrogen// Harmoni.

Mudah2an kenyataan ini membantu...suntikan vitamin C with Kolagen juga membantu dalam mengatasi masallah ini...anda berminat...boleh call or tinggalkan pesanan.

Kita merancang...Allah menentukan.

Saturday, May 28, 2011

Tip hadapi tekanan kerja...

Assalamulaikum....tekanan dan kebosanan sering melanda kita...terutama waktu2 tahap kebosanan seperti tidak dapat dikawal...cuba cari penyelesaian...

1. Tarik nafas dalam-dalam. Tindakan ini bukan sahaja satu terapi tetapi dalam masa yang sama berupaya membuatkan fikiran menjadi tenang.

2. Membuat perancangan rapi. Agar setiap kerja atau tugas yang dilakukan sistematik dan berjalan lancar, sebaliknya buat perancangan rapi dengan menyenaraikan kesemua tugasan yang perlu anda selesaikan. Selesaikan tugas mengikut keutamaan.

3. Bersikap pemaaf. Berfikiran negatif, berdendam dan seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.

4. Bersenam. Mengamalkan gaya hidup sehat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi anti kemurungan yang sangat berkesan. Selain itu ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal seseorang.

5. Sentiasa berfikiran positif. Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit dapat diubati dengan kegembiraan. Individu yang sentiasa gembira dan ceria mampu sembuh daripada penyakit dengan cepat.

6. Menerima diri seadanya. Terimalah diri seadanya dengan tenang, kemampuan diri seseorang ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu diluar kemampuan.//Harmoni.

Apa-apapun kita merancang Allah menentukan.

Wednesday, May 25, 2011

Mengapa Wanita Menangis...

Assalamulaikum...buat renungan anak2ku yang disayangi dan pada semua yang sudi untuk membaca blog Diari Seorang Mama...jom kita singkap *Mengapa Wanita Menangis*.

Wanita memang kuat menangis berbanding lelaki. Namun wanita menangis bukannya sekadar menagih simpati, menunjukan kesedihan atau kesakitan yang dialami. Berikut adalah bebarapa alasan yang membuatkan wanita mengalirkan airmata.

1. Hormon
Wanita cenderung lebih beremosi dan sensitif ketika haid kerana perubahan hormon. Sebab itu mereka cepat mengalirkan airmata kerana tidak mampu mengawal emosi.

2. Faktor Sosial
Lelaki dibesarkan untuk menjadi individu yang kuat, serta bijak mengawal emosi. Wanita pula dengan sifat lemah lembut. Justeru tidak salah anak perempuan menangis, sebaliknya jika anak lelaki mengalirkan airmata pasti akan ditegur.

3. Emosi
Wanita menangis kerana ia menjadi solusi terbaik untuk melepaskan emosi yang terbuku dihati, terutama apabila mereka tidak mempunyai tempat untuk mencurahkan isi hati.

4. Memanipulasi Situasi.
Ada wanita menangis untuk menarik simpati dan menutup kesalahan diri. Walaupun agak kebudak2kan, namun airmata cukup efektif untuk mendapatkan kata maaf atau untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

5. Teringinkan sesuatu.
Kenangan silam ada kalanya mengheret kita kembali kepada peristiwa lalu yang menyedihkan. Segalanya berlaku tanpa mampu dikawal seiring dengan perasaan yang dialami.

6. Geram & Marah.
Menangis juga digunakan sebagai altenatif atau medium untuk seorang wanita melepaskan perasaan geram atau marah yang terbuku dalam diri./ HARMONI.

Perkataan yang baik jadikan teladan.

Sayang selalu dari mama.

Thursday, May 19, 2011

Hari Ibu - aku tanpa ibu, Hari Jururawat - aku seorang Jururawat, Hari Guru - Terima Kasih Cikgu...

Assalamulaikum....

Anak-anakku sayang, pada hari ibu yang lalu - mama ucapkan terima kasih pada ucapan dan hadiah yang diberi...sesuatu kenangan itu sangat bermaana bagi seorang ibu kerana itulah tanda ingatan semasa ada, berilah apa saja, tapi bagi mama yang telah ketiadaan ibu hanya doa saja dapat dihulurkan...

Di Hari Jururawat pula, aku menberi ucapan pada semua rakan2 sejawatku, dan dapat balasan ucapan yang berbagai2...mudah2an perkerjaan yang murni ini dapat keberkatan disisi Allah.

Hari Guru - Terima kasih - kerana guru banyak memberi tunjukajar - Jasa guru semestinya perlu dikenang...

Akhirkata - sayangi ibubapa dan doakan jika mereka telah tiada...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru - buat Cikgu...

Assalamulaikum...nak cerita tentang guruku yang ini...masa form III guru ini adalah guru HEM...aku pulak selalu datang lewat kesekolah...murid lain masuk pukul 7.30pg, aku pulak pukul 7.30pg baru naik bas menuju kesekolah. Nak tahu sampai sekolah pukul berapa...tentulah pukul 8.30pg baru aku terkesing2 masuk pagar sekolah, masa tu pagar sekolah tidak ditutup seperti sekarang dan sekarang ada jaga lagi kat pagar. Jaga ketika itu adalah guru Hem itu. " Kenapa awak selalu lambat...saya tunduk dan hanya tersenyum tapi takut ". Lepas itu dia terus suruh masuk bilek HEM...disitulah aku ditanya bertubi2...aku jawab semua soalan guru dengan airmata yang berlinangan. Mana aku tak sedih...kehidupanku pada ketika itu sangatlah susah tidak seperti anak2ku sekarang...Nasib baik guru ku itu faham...dan selepas itu bila aku lambat dia tidak tanya lagi...mungkin dia bersimpati...

Aku bukan senyaja untuk lambat, aku bangun awal sebelum subuh...tapi masallah yang besar adalah kenderaan...aku kena naik dua kenderaan...pertama dari rumah yang jauh dipendalaman, lebih kurang 7 batu kePekan, dari Pekan kesekolah lebihkurang 10 batu. Aku bukan ada kenderaan lain...ibubapaku orang susah...itupun nasib baik dari rumahku kePekan ada seorang sahabat ( sekarang dah Engineer) menghantarku hingga keSekolah sebab semasa tu pemeriksaan LCE telah bermula. Kebaikan itu maseh kukenang hingga sekarang.

Nak tahu sebab apa aku bersekolah ditempat jauh...sebelum itu aku mengikut ayah dan tinggal bersama ayah dengan isterinya yang pertama, ibuku isteri ayah yang kedua. Suka aku dapat ikut ayah...masa tu aku dalam form II, tapi nasib tidak menyebelahiku...ayah meninggal dunia semasa aku lagi 3 bulan hendak menduduki peperiksaan...masa tu umur ayah 72 tahun. Selepas ayah tiada...aku disuruh pulang kerumah ibu...inilah masallah yang kuhadapi, mana boleh tukar sekolah sebab peperiksaan akan bermula lebihkurang 2 bulan saja lagi. Masa tu Allah saja yang tahu...nasib baik keputusan peperiksaan aku ok, aku berpindah kesekolah Bandar dan dapat pula tinggal diasrama...Alhamdulillah.

Mengenai guru HEM itu, pada suatu ketika aku bertemu dengan guru itu diWad. Guru itu menyapa aku..." Awak ni murid saya yang selalu datang lewat sebab masallah kenderaan dulukan? ". Yea Cikgu...saya dah perasaan cikgu tadi, tapi saya malu nak sapa. " Saya ingat sangat senyuman awak...dah lama saya pandang awak tadi ". Biar betul cikgu ni...dah dekat 20 tahun dia maseh ingat senyuman aku (dalam hati),tapi walaubagaimanapun aku tahu dia sangat bersimpati pada nasibku ketika itu. Aku doakan agar cikgu ini diberi kesejahteraan...dan akan ku kenang jasanya selagi hayat dikandung badan.



Tuesday, May 10, 2011

myMetro | Sasar wanita sendirian

Assalamulaikum...berhati2lah wahai anak2, manusia sekarang sangat berani...myMetro | Sasar wanita sendirian

Sunday, May 8, 2011

.::Wanita Mustanir::.: Mengapa mesti Hari Ibu disambut??

.::Wanita Mustanir::.: Mengapa mesti Hari Ibu disambut??: "Owh, Hari Ibu datang lagi!! Pelbagai cara dilakukan bagi menghargai jasa-jasa kaum ibu pada tersebut. Antaranya, memberikan bunga, hadiah i..."

Tuesday, May 3, 2011

Hadiah Hari Ibu...

Assalamulaikum...

Semalam bawa abangku ge makan kat Melaka...Tiga beradek bertemu...seronok tu. Alhamdulillah mudah2an Allah satukan hati kami selepas ibu tiada.

Sebelum makan malam kami sekeluarga ronda2...ge ke Ariani...suami hadiahkah sehelai tudung...sangat cantek, terima kasih sayang...

Kasehsayang terlalu indah untuk dikenang...

sayang selalu dari mama.

Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Ibu...

Assalamulaikum...

Selamat Hari Ibu...pada semua yang bergelar ibu. Semoga Allah memberkati segala usaha kita sebagai ibu kepada anak2...membesar...mendidik...memberi kasehsayang...mendoakan segalanya yang terbaik untuk anak2 dan keluarga.

Hanya satu yang ibu pinta...doakan ibu...

Sayang selalu.

Sunday, May 1, 2011

Hari Ibu...aku tanpa ibu.

Assalamulaikum...

Hari ibu...aku tanpa ibu. Ibu pergi meninggalkan aku pada 9hb April 2011 @ 8.00 pg. Alhamdulillah semasa ibu menghembuskan nafas terakhir...aku berada disisi ibu...aku sempat mengucapkan 3 kali kalimah syahadah dan 3 kali sebutan Allah ketelinga ibu...bisikan ini rupanya adalah yang terakhir...

3 minggu sudah ibu pergi meninggalkan aku...sunyi hidup tanpa ibu...pagi tadi telah ku ziarahi pusara ibu...hilang rasa rindu dikalbu...doa buat ibu selalu...Alfatihah.

Sayangi selalu pada ibu kerana didada ibu penoh doa untuk anak2nya. Ibu sudah tiada siapa yang akan mendoakan aku...mudah2an anak2ku akan mengerti...

Sayang selalu dari mama.

Saturday, April 30, 2011

Rupa bukan pakej...

Assalamulaikum...
Teringat pada kata2...rupa bukan pakej...agama, budibahasa dan pandai menjaga tingkahlaku...kemanapun anak2 pergi semua orang menyukai.

Jika kita tidak mahu disakiti...jangan menyakiti, pandai2 menjaga maruah diri. Perkara yang wajib didahulukan...fikir3kan...

Sayang selalu dari mama.

Monday, April 25, 2011

Doa buat ibuku...

Assalamulaikum anak-anak yang dikasehi...tiada niat tiada apa yang tersirat hanya untuk berkongsi sedikit kata-kata lama...Jika ibu telah tiada...tiada siapa yang mendoakan kita...kerana ibu kaya dengan doa...

Sayang selalu...

Friday, April 15, 2011

Menyepi bukan bermaana mama tidak ingat pada anak2...

Assalamulaikum...menyepi bukan bermaana mama tidak ingat pada anak2 tapi ada yang lebih memerlukan perhatian mama pada suatu ketika dulu...dan kini telah tiada disisi...iaitu mak mama yang telah kembali keRahmahtullah pada 9.4.2011...kehidupan telah jadi sangat2 sunyi...hanya bisikan surah2 Alquran sebagai pengisi ruang sepi ketika ini...Bicara mama terhenti disini...mudah2an kita berjumpa lagi esok...InsyAllah.

Sayang selalu dari mama - Al Fatihah buat mak...

Wednesday, March 16, 2011

Assalamulaikum...untuk anak2 mama yang disayangi...

Alhamdulillah...
Majlis perkahwinan anak mama telah selesai dan berjalan lancar, terima kasih pada semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung...segala budi baik kelian tak akan kami lupakan. Mudah2an Kita semua lebih erat siratullrahim. Jika disepanjang majlis terdapat kurang layanan dari mama...plz forgive us...Kita sekeluarga sibuk...tak dapat nak layan istimewa pada tetamu...

Mudah2an kehidupan kita dan Pengantin yang dirai akan diberkati Allah sehingga keakhir hayat. InshAllah...Selalulah berdoa pada Allah yea...Meminta pada siapa...mintalah pada Allah...yang mampu memberi segala2nya...

Akhirkata sayang selalu dari mama...

Friday, March 11, 2011

Afgan - PadaMu Kubersujud

....Kau berikan ku bahagia
Kau berikan ku segalanya
Jadikan aku YaAllah hambamu yang selalu bertaubat...dan bersyukur...


Afgan - PadaMu Kubersujud

....Kau berikan ku bahagia
Kau berikan ku segalanya
Jadikan aku YaAllah hambamu yang selalu bertaubat...dan bersyukur...


Saturday, March 5, 2011

Dairiku...

Assalamulaikum...Pagi membudayakan Alquran, then minta ustaz baca doa kesyukuran...Ke Klinik Kesihatan Sri Menanti Audit Aset bersama Sister.

Petang...gotong royong membersihkan cabanet yang penoh dengan laporan lama...sesi mengemas pun bermula. Sedang seronok mengemas husband calling...sakit dada, so trus balek umah, tiba kat umah husband btahu berpeluh2 dan rasa tak selesa...Ajak keKlinik tak mahu. Mbe salah makan...so malam ni dah ok...Alhamdulillah. Mudah2an kami sekeluarga dilindungi Allah.

Dah pagi pun...sok ade mesy...nite to all. Ameen.

Mama love u all.

Friday, February 18, 2011

1st time mc pada 2011

Assalamulaikum anak2 yang dikasehi...

1st time mama mc dalam tahun 2011...mudah2an tidak berlarutan...penatlah agaknya buat kerja tanpa henti kecuali semasa tidor saja dapat berehat. Mudah2an mama diberi kekuatan tenaga untuk menghadapi majlis anak yang akan berlangsung pada 13.3.2011.

Persiapan telah hampir 60 peratus...alhamdulillah semuanya mama buat bersama suami yang banyak membantu - anak2 pun tak kurang menolong. Mama rasa gembira juga kerana banyak sokongan dari keluarga, jiran dan sahabat handai. Terima kaseh mama ucapkan pada sekelian...yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Ok...mama perlu makan ubat sekarang dan berehat...

InsyAllah mudah2an bila bangun nnt akan pulih...

Sayang selalu dari mama.

Monday, February 14, 2011

Assalamulaikum...ESQ.

Assalamulaikum anak2 yang dikasehi...

Pada 12/13 February 2011 - Rakan sekerjaku terpilih untuk menghadiri Kursus ESQ...namaku tak terpilih untuk hadir, aku dipilih oleh Allah untuk menjaga ibuku yang sedang uzur sakit tua...takpelah. Walaumacamanapun aku dapat juga dengar2 rakan2 lain bercerita dan menyatakan memang sangat best kursus itu, dan ada juga yang sudi share kebaikannya kepadaku. Terima kaseh...

Kebaikan datangnya dari hati yang ikhlas... Kehidupan kita Allah dah susun...pilihan ditangan kita.

Aku ingin kehidupan yang sederhana dalam segala2nya...aku bersyukur pada segala2nya yang aku terima...mudah2an aku tak jadi manusia yang takbur...Lindungi kami sekeluarga YaAllah.

Sayang selalu dari mama.

Nabi Anak Yatim with lyric

Assalamulaikum anak2 mama yang dikasehi...

Hayatilah lagu anak yatim...kisah Nabi Muhammad SAW, Kecil rasanya diri ini, mudah2an kita semua menjadi Umat yang seperti diharapkan oleh Nabi...hati yang mulia dan sentiasa memaafkan Umatnya...bertakwa pada yang Esa.

Alhamdulillah...jika kita mencari kebaikan...kebaikan akan datang...Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua. Amin.

Sunday, February 13, 2011

Persembahan Koir di Permai Hospital - JB.

Assalamulaikum buat anak2 yang dikasehi,

Esok mama dan Ahli Kumpulan Pesona Warisan seramai 25 ahli, dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar akan menyampaikan Nyanyian Koir di Hospital Permai JB, seronok juga dapat jemputan dari Negeri untuk persembahan koir. Mudah2an persembahan nanti dapat menaikkan imej Jabatan.

Esok pukul 6.00pg akan bertolak ke JB dengan menaiki bas Kolej Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Terima kaseh pada HPSF... Doakan perjalanan mama selamat pergi dan balek...

Akhirkata...sayang selalu dari mama.

Thursday, February 10, 2011

Ella-Standing In The Eyes of The World Lyrics

Assalamulaikum...lagu Koir sempena perasmian Hospital Permai JB...Mudah2an dapat berikan yang terbaik...dan dapat meningkatkan imej Jabatan Kesihatan Negeri Johor....
InsyAllah'

Sayang selalu dari mama.

Tuesday, February 8, 2011

Maher Zain - Open Your Eye

Assalamulaikum...buat anak2ku yang dikasehi...

Open your eye...see the truth...fikirkanlah, tiada apa yang lebih indah...keindahan hanyalah sekadar hiasan mata...yang tidak akan kekal...

Sayang selalu dari mama.

Friday, February 4, 2011

Kenny rogers - One life

Assalamulaikum...hari-hari yang dilalui membuat kita sentiasa berhati2...dan tak tahu bila ia akan berakhir...

Kehidupan...one life...

Sunday, January 30, 2011

Album Religi Afgan - PadaMU Ku Bersujud With Lyric

Assalamulaikum buat anak2 yang dikasehi...

Lagu yang sangat bermaana...

Kau tempat ku meminta
Kau berikan ku bahagia...

Bersyukurlah anak2...

Sayang selalu dari mama.

Saturday, January 29, 2011

First Cut is the Deepest - by Rod Stewart

This song is so sick for me...and if you want i.ll try to luv again...evening song for people who know me... sweets memories for all.

Belajar...dari pengalaman...

Assalamulaikum anak2ku yang dikasehi...

Belajarlah anak2ku...dunia ada banyak ragam, jika kita salah pilih langkah...kehidupan yang diimpikan akan berakhir...masa tu jangan dikesalkan lagi dan masa tu juga jangan salahkan ibu yang mengandungkan kamu...ibubapa sentiasa mendoakan kesejahteraan anak2...ingin anak2nya berjaya didunia dan diakhirat...bila anak2 telah dewasa jangan ketepikan ibubapa dalam apajua persoalan...kerana ibubapa ada pengalaman dan adalah pakar runding - sekilas ikan diair...telah tahu jantan betina.

Anak2 kena faham...bila ibubapa membuat teguran, ini bukan bermaana ibu tak sayang...atau ibu cerewet. Ini bermaana ibu dah nampak...adalah yang tak kena dimata ibu...ibu ada firasat...

Diakhirkata...walaubagaimana sayang pun kita pada seseorang, kita kena lebih sayangkan ibubapa...dan walaumacamana sayang pun kita dengan seseorang... sayangi diri sendiri yang utama...

Sayang pada Allah dan Rasul...sayang selalu dari mama.

Thursday, January 27, 2011

Thursday, January 20, 2011

Koir untuk Hari Ucapan Dasar Pejabat Kesihatan Daerah Muar...

Assalamulaikum...anak2ku yang disayangi,

Pada 22.3.11 kumpulan Koir Pesona Warisan Pejabat Kesihatan
daerah Muar akan mempersembahan koir, 5 lagu telah dipilih untuk Majlis Ucapan Dasar 2011 peringkat daerah di Muar Traders Hotel...Lagu wajib ialah Negaraku, lagu Johor dan Kami Sedia Membantu, Lagu selingan adalah lagu Nyalakan Tekad dan Standing in the Eyes of the world. Esok petang latihan sekaligus rehersal...pada yang terlibat diminta ambil perhatian yea...

Kadang2 kita rasa macam malas tapi ini juga adalah arahan, jika kita telah melangkah susah untuk kita berpatah balek sebab...ini juga adalah kearah nilai2 murni untuk menerapkan rasa cinta kasihsayang pada diri kerjaya dan negara.

Akhirkata - apapun yang kita lakukan...lakukan dengan kesungguhan.

Sayang selalu dari mama.