Klik disini

Wednesday, May 25, 2011

Mengapa Wanita Menangis...

Assalamulaikum...buat renungan anak2ku yang disayangi dan pada semua yang sudi untuk membaca blog Diari Seorang Mama...jom kita singkap *Mengapa Wanita Menangis*.

Wanita memang kuat menangis berbanding lelaki. Namun wanita menangis bukannya sekadar menagih simpati, menunjukan kesedihan atau kesakitan yang dialami. Berikut adalah bebarapa alasan yang membuatkan wanita mengalirkan airmata.

1. Hormon
Wanita cenderung lebih beremosi dan sensitif ketika haid kerana perubahan hormon. Sebab itu mereka cepat mengalirkan airmata kerana tidak mampu mengawal emosi.

2. Faktor Sosial
Lelaki dibesarkan untuk menjadi individu yang kuat, serta bijak mengawal emosi. Wanita pula dengan sifat lemah lembut. Justeru tidak salah anak perempuan menangis, sebaliknya jika anak lelaki mengalirkan airmata pasti akan ditegur.

3. Emosi
Wanita menangis kerana ia menjadi solusi terbaik untuk melepaskan emosi yang terbuku dihati, terutama apabila mereka tidak mempunyai tempat untuk mencurahkan isi hati.

4. Memanipulasi Situasi.
Ada wanita menangis untuk menarik simpati dan menutup kesalahan diri. Walaupun agak kebudak2kan, namun airmata cukup efektif untuk mendapatkan kata maaf atau untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

5. Teringinkan sesuatu.
Kenangan silam ada kalanya mengheret kita kembali kepada peristiwa lalu yang menyedihkan. Segalanya berlaku tanpa mampu dikawal seiring dengan perasaan yang dialami.

6. Geram & Marah.
Menangis juga digunakan sebagai altenatif atau medium untuk seorang wanita melepaskan perasaan geram atau marah yang terbuku dalam diri./ HARMONI.

Perkataan yang baik jadikan teladan.

Sayang selalu dari mama.

1 comment:

Esah Anang said...

Perempuan hati mudah tersentuh...terlalu mengambil serius dalam hal2 yang remeh...