Klik disini

Saturday, May 28, 2011

Tip hadapi tekanan kerja...

Assalamulaikum....tekanan dan kebosanan sering melanda kita...terutama waktu2 tahap kebosanan seperti tidak dapat dikawal...cuba cari penyelesaian...

1. Tarik nafas dalam-dalam. Tindakan ini bukan sahaja satu terapi tetapi dalam masa yang sama berupaya membuatkan fikiran menjadi tenang.

2. Membuat perancangan rapi. Agar setiap kerja atau tugas yang dilakukan sistematik dan berjalan lancar, sebaliknya buat perancangan rapi dengan menyenaraikan kesemua tugasan yang perlu anda selesaikan. Selesaikan tugas mengikut keutamaan.

3. Bersikap pemaaf. Berfikiran negatif, berdendam dan seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.

4. Bersenam. Mengamalkan gaya hidup sehat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi anti kemurungan yang sangat berkesan. Selain itu ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal seseorang.

5. Sentiasa berfikiran positif. Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit dapat diubati dengan kegembiraan. Individu yang sentiasa gembira dan ceria mampu sembuh daripada penyakit dengan cepat.

6. Menerima diri seadanya. Terimalah diri seadanya dengan tenang, kemampuan diri seseorang ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu diluar kemampuan.//Harmoni.

Apa-apapun kita merancang Allah menentukan.

Wednesday, May 25, 2011

Mengapa Wanita Menangis...

Assalamulaikum...buat renungan anak2ku yang disayangi dan pada semua yang sudi untuk membaca blog Diari Seorang Mama...jom kita singkap *Mengapa Wanita Menangis*.

Wanita memang kuat menangis berbanding lelaki. Namun wanita menangis bukannya sekadar menagih simpati, menunjukan kesedihan atau kesakitan yang dialami. Berikut adalah bebarapa alasan yang membuatkan wanita mengalirkan airmata.

1. Hormon
Wanita cenderung lebih beremosi dan sensitif ketika haid kerana perubahan hormon. Sebab itu mereka cepat mengalirkan airmata kerana tidak mampu mengawal emosi.

2. Faktor Sosial
Lelaki dibesarkan untuk menjadi individu yang kuat, serta bijak mengawal emosi. Wanita pula dengan sifat lemah lembut. Justeru tidak salah anak perempuan menangis, sebaliknya jika anak lelaki mengalirkan airmata pasti akan ditegur.

3. Emosi
Wanita menangis kerana ia menjadi solusi terbaik untuk melepaskan emosi yang terbuku dihati, terutama apabila mereka tidak mempunyai tempat untuk mencurahkan isi hati.

4. Memanipulasi Situasi.
Ada wanita menangis untuk menarik simpati dan menutup kesalahan diri. Walaupun agak kebudak2kan, namun airmata cukup efektif untuk mendapatkan kata maaf atau untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

5. Teringinkan sesuatu.
Kenangan silam ada kalanya mengheret kita kembali kepada peristiwa lalu yang menyedihkan. Segalanya berlaku tanpa mampu dikawal seiring dengan perasaan yang dialami.

6. Geram & Marah.
Menangis juga digunakan sebagai altenatif atau medium untuk seorang wanita melepaskan perasaan geram atau marah yang terbuku dalam diri./ HARMONI.

Perkataan yang baik jadikan teladan.

Sayang selalu dari mama.

Thursday, May 19, 2011

Hari Ibu - aku tanpa ibu, Hari Jururawat - aku seorang Jururawat, Hari Guru - Terima Kasih Cikgu...

Assalamulaikum....

Anak-anakku sayang, pada hari ibu yang lalu - mama ucapkan terima kasih pada ucapan dan hadiah yang diberi...sesuatu kenangan itu sangat bermaana bagi seorang ibu kerana itulah tanda ingatan semasa ada, berilah apa saja, tapi bagi mama yang telah ketiadaan ibu hanya doa saja dapat dihulurkan...

Di Hari Jururawat pula, aku menberi ucapan pada semua rakan2 sejawatku, dan dapat balasan ucapan yang berbagai2...mudah2an perkerjaan yang murni ini dapat keberkatan disisi Allah.

Hari Guru - Terima kasih - kerana guru banyak memberi tunjukajar - Jasa guru semestinya perlu dikenang...

Akhirkata - sayangi ibubapa dan doakan jika mereka telah tiada...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru - buat Cikgu...

Assalamulaikum...nak cerita tentang guruku yang ini...masa form III guru ini adalah guru HEM...aku pulak selalu datang lewat kesekolah...murid lain masuk pukul 7.30pg, aku pulak pukul 7.30pg baru naik bas menuju kesekolah. Nak tahu sampai sekolah pukul berapa...tentulah pukul 8.30pg baru aku terkesing2 masuk pagar sekolah, masa tu pagar sekolah tidak ditutup seperti sekarang dan sekarang ada jaga lagi kat pagar. Jaga ketika itu adalah guru Hem itu. " Kenapa awak selalu lambat...saya tunduk dan hanya tersenyum tapi takut ". Lepas itu dia terus suruh masuk bilek HEM...disitulah aku ditanya bertubi2...aku jawab semua soalan guru dengan airmata yang berlinangan. Mana aku tak sedih...kehidupanku pada ketika itu sangatlah susah tidak seperti anak2ku sekarang...Nasib baik guru ku itu faham...dan selepas itu bila aku lambat dia tidak tanya lagi...mungkin dia bersimpati...

Aku bukan senyaja untuk lambat, aku bangun awal sebelum subuh...tapi masallah yang besar adalah kenderaan...aku kena naik dua kenderaan...pertama dari rumah yang jauh dipendalaman, lebih kurang 7 batu kePekan, dari Pekan kesekolah lebihkurang 10 batu. Aku bukan ada kenderaan lain...ibubapaku orang susah...itupun nasib baik dari rumahku kePekan ada seorang sahabat ( sekarang dah Engineer) menghantarku hingga keSekolah sebab semasa tu pemeriksaan LCE telah bermula. Kebaikan itu maseh kukenang hingga sekarang.

Nak tahu sebab apa aku bersekolah ditempat jauh...sebelum itu aku mengikut ayah dan tinggal bersama ayah dengan isterinya yang pertama, ibuku isteri ayah yang kedua. Suka aku dapat ikut ayah...masa tu aku dalam form II, tapi nasib tidak menyebelahiku...ayah meninggal dunia semasa aku lagi 3 bulan hendak menduduki peperiksaan...masa tu umur ayah 72 tahun. Selepas ayah tiada...aku disuruh pulang kerumah ibu...inilah masallah yang kuhadapi, mana boleh tukar sekolah sebab peperiksaan akan bermula lebihkurang 2 bulan saja lagi. Masa tu Allah saja yang tahu...nasib baik keputusan peperiksaan aku ok, aku berpindah kesekolah Bandar dan dapat pula tinggal diasrama...Alhamdulillah.

Mengenai guru HEM itu, pada suatu ketika aku bertemu dengan guru itu diWad. Guru itu menyapa aku..." Awak ni murid saya yang selalu datang lewat sebab masallah kenderaan dulukan? ". Yea Cikgu...saya dah perasaan cikgu tadi, tapi saya malu nak sapa. " Saya ingat sangat senyuman awak...dah lama saya pandang awak tadi ". Biar betul cikgu ni...dah dekat 20 tahun dia maseh ingat senyuman aku (dalam hati),tapi walaubagaimanapun aku tahu dia sangat bersimpati pada nasibku ketika itu. Aku doakan agar cikgu ini diberi kesejahteraan...dan akan ku kenang jasanya selagi hayat dikandung badan.



Tuesday, May 10, 2011

myMetro | Sasar wanita sendirian

Assalamulaikum...berhati2lah wahai anak2, manusia sekarang sangat berani...myMetro | Sasar wanita sendirian

Sunday, May 8, 2011

.::Wanita Mustanir::.: Mengapa mesti Hari Ibu disambut??

.::Wanita Mustanir::.: Mengapa mesti Hari Ibu disambut??: "Owh, Hari Ibu datang lagi!! Pelbagai cara dilakukan bagi menghargai jasa-jasa kaum ibu pada tersebut. Antaranya, memberikan bunga, hadiah i..."

Tuesday, May 3, 2011

Hadiah Hari Ibu...

Assalamulaikum...

Semalam bawa abangku ge makan kat Melaka...Tiga beradek bertemu...seronok tu. Alhamdulillah mudah2an Allah satukan hati kami selepas ibu tiada.

Sebelum makan malam kami sekeluarga ronda2...ge ke Ariani...suami hadiahkah sehelai tudung...sangat cantek, terima kasih sayang...

Kasehsayang terlalu indah untuk dikenang...

sayang selalu dari mama.

Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Ibu...

Assalamulaikum...

Selamat Hari Ibu...pada semua yang bergelar ibu. Semoga Allah memberkati segala usaha kita sebagai ibu kepada anak2...membesar...mendidik...memberi kasehsayang...mendoakan segalanya yang terbaik untuk anak2 dan keluarga.

Hanya satu yang ibu pinta...doakan ibu...

Sayang selalu.

Sunday, May 1, 2011

Hari Ibu...aku tanpa ibu.

Assalamulaikum...

Hari ibu...aku tanpa ibu. Ibu pergi meninggalkan aku pada 9hb April 2011 @ 8.00 pg. Alhamdulillah semasa ibu menghembuskan nafas terakhir...aku berada disisi ibu...aku sempat mengucapkan 3 kali kalimah syahadah dan 3 kali sebutan Allah ketelinga ibu...bisikan ini rupanya adalah yang terakhir...

3 minggu sudah ibu pergi meninggalkan aku...sunyi hidup tanpa ibu...pagi tadi telah ku ziarahi pusara ibu...hilang rasa rindu dikalbu...doa buat ibu selalu...Alfatihah.

Sayangi selalu pada ibu kerana didada ibu penoh doa untuk anak2nya. Ibu sudah tiada siapa yang akan mendoakan aku...mudah2an anak2ku akan mengerti...

Sayang selalu dari mama.