Klik disini

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru - buat Cikgu...

Assalamulaikum...nak cerita tentang guruku yang ini...masa form III guru ini adalah guru HEM...aku pulak selalu datang lewat kesekolah...murid lain masuk pukul 7.30pg, aku pulak pukul 7.30pg baru naik bas menuju kesekolah. Nak tahu sampai sekolah pukul berapa...tentulah pukul 8.30pg baru aku terkesing2 masuk pagar sekolah, masa tu pagar sekolah tidak ditutup seperti sekarang dan sekarang ada jaga lagi kat pagar. Jaga ketika itu adalah guru Hem itu. " Kenapa awak selalu lambat...saya tunduk dan hanya tersenyum tapi takut ". Lepas itu dia terus suruh masuk bilek HEM...disitulah aku ditanya bertubi2...aku jawab semua soalan guru dengan airmata yang berlinangan. Mana aku tak sedih...kehidupanku pada ketika itu sangatlah susah tidak seperti anak2ku sekarang...Nasib baik guru ku itu faham...dan selepas itu bila aku lambat dia tidak tanya lagi...mungkin dia bersimpati...

Aku bukan senyaja untuk lambat, aku bangun awal sebelum subuh...tapi masallah yang besar adalah kenderaan...aku kena naik dua kenderaan...pertama dari rumah yang jauh dipendalaman, lebih kurang 7 batu kePekan, dari Pekan kesekolah lebihkurang 10 batu. Aku bukan ada kenderaan lain...ibubapaku orang susah...itupun nasib baik dari rumahku kePekan ada seorang sahabat ( sekarang dah Engineer) menghantarku hingga keSekolah sebab semasa tu pemeriksaan LCE telah bermula. Kebaikan itu maseh kukenang hingga sekarang.

Nak tahu sebab apa aku bersekolah ditempat jauh...sebelum itu aku mengikut ayah dan tinggal bersama ayah dengan isterinya yang pertama, ibuku isteri ayah yang kedua. Suka aku dapat ikut ayah...masa tu aku dalam form II, tapi nasib tidak menyebelahiku...ayah meninggal dunia semasa aku lagi 3 bulan hendak menduduki peperiksaan...masa tu umur ayah 72 tahun. Selepas ayah tiada...aku disuruh pulang kerumah ibu...inilah masallah yang kuhadapi, mana boleh tukar sekolah sebab peperiksaan akan bermula lebihkurang 2 bulan saja lagi. Masa tu Allah saja yang tahu...nasib baik keputusan peperiksaan aku ok, aku berpindah kesekolah Bandar dan dapat pula tinggal diasrama...Alhamdulillah.

Mengenai guru HEM itu, pada suatu ketika aku bertemu dengan guru itu diWad. Guru itu menyapa aku..." Awak ni murid saya yang selalu datang lewat sebab masallah kenderaan dulukan? ". Yea Cikgu...saya dah perasaan cikgu tadi, tapi saya malu nak sapa. " Saya ingat sangat senyuman awak...dah lama saya pandang awak tadi ". Biar betul cikgu ni...dah dekat 20 tahun dia maseh ingat senyuman aku (dalam hati),tapi walaubagaimanapun aku tahu dia sangat bersimpati pada nasibku ketika itu. Aku doakan agar cikgu ini diberi kesejahteraan...dan akan ku kenang jasanya selagi hayat dikandung badan.



No comments: