Klik disini

Saturday, September 25, 2010

Salam berhujung minggu....

Assalamulaikum...

Alhamdulillah, arini mama ada function kat Gunung Ledang Resort, kawan buat majlis jamuan Hari Raya. Pastu mama ke Melaka kerumah kawan Majlis Perkahwinan anaknya n then kerumah kawan mama masa2 training nurse dulu kat Tampin, nampaknya hari ini mama jalan sakan. Mama pergi bersama-sama suami dan Caca dear. Doakan perjalanan mama pergi dan balek selamat ya.

Nenek kat umah angah yang jaga, pesanan mama untuk angah n dekfiq, jaga nenek elok2, mama balek petang. Wasallam.

Thursday, September 23, 2010

Anakku sayang...

Assalamulaikum...

Eh! agh x sehat lg...jaga diri lah ngah, mama risau tgok agh asek sakit je, mkanlah byk2 mengikut keperluan. Ni selalu mkan x abis...pastu byk mkan mkanan segera, minum air msk kena lebih, air tu perlu untuk mengeluarkan toksid dlm badan...jgn kata mama membebel...

Buat anak2 yang lain, sama jugak, selalu pandai memilih makanan yang sehat, dan minun byk air msk - keperluan air untuk seseorang individu sehari adalah 6 - 8 litre, kalau x kulit akan kering...n x berseri...Anak2 kena jaga diri dari peringkat seawal remaja lagi, bila usia dah melebihi 30 keatas...klau x jaga dari skrg, mcm2 penyakit akan timbul spt Darah Tinggi, Kencing Manis, Jantung, n paling teruk sakit Buah Pinggang. Lebih risiko lagi kalau ade sakit keturunan, spt ibu bapa yang sedia ada pykt, anak berkemungkinan menwarisi klau x berjaga2 dari skrg.

Akhirkata - Pesanan mama - jaga kesihatan, nasihat ini adalah berdasarkan pengalaman...Mudah2an anak2 mama semua Sehat Sejahtera, untuk Agh Comel - Take care, mama luv u...Kaseh Sayang Mama Abadi, tidak dapat diukur...

Wednesday, September 22, 2010

Alhamdulillah...

Anak2 mama yang dikasehi,

Akhirnya dapat juga mama meninggalkan jejak diskrin ini. Tadi lepas berbuka puasa mama pening, so mama rehat jap, pun x hilang...terus mama ambil pcm 2, barulah rasa lega, dan pening pun beransur hilang. Syukur alhamdulillah. Ni baru dapat baca jejak2 yang ditinggalkan anak2 kat blog mama, terima kasih. Mudah2an anak2 mama sehat disana dan pandai menjaga diri.

Mama sayang anak2 mama, biarlah segala dugaan yang anak2 lalui...laluilah dengan tabah penoh keimanan dihati...jangan patah semangat, perjalanan maseh jauh...apa yang penting kita kena tawakkal dan jangan putus asa.

Sayang selalu dari mama.

Monday, September 20, 2010

Kehidupan tidak seperti yang kita impikan

Assalamulaikum...

Hidup ini tidak seperti yang diimpikan...semua mengimpikan kesenangan, kemewahan, nak kan yang baik2 saje, yang tidak baik x siapa yang nak rasa. Jadi janganlah kita terlalu mengharapkan banyak yang baik...kita kena reda, kita terima segala ujian dalam kehidupan dengan sabar. Bila kita banyak bersabar...kemanisan menanti disetiap ruang... sebenarnya Allah yang menduga kita -anak-anak mama kena cekal, berani yang bertempat.

Buat baik berpada2...buat jahat jangan ya. Banyak berdoa, dan bersyukur atas segala Rahmatnya. Biarkan Allah yang menyusun kehidupan kita...kita ni x de apapa sebenarnya...

Sayang selalu dari mama.

Petang Isnin yang sunyi...

Assalamulaikum...

Sunyi betul hari ini, x tahulah kenapa, mungkin kerana anakku Intan Nurlemsha dan Intan Nurulfateha, masing2 telah pulang ke Penang dan ke Melaka. Bertambah rasa x best lg sangat sbb tak dapat buka blog. anak kesayanganku, x tahulah kenapa tiba-tiba jadi mcm tu. X pelah aku berehat je kat umah arini...x keje - sbb...

Ada beberapakali anakku Intan Nurlemsha cal n cal n cal...aku tetap dengan keputusan mendoakan yang terbaek2 untuk anak2ku. Untuk A.Firs - selamat menjalani interview mudah2an berjaya, mama pun turut gembira.

Salam untuk semua...

Sunday, September 19, 2010

Anak yatim kubawa sekali beraya...

Assalamulaikum...

Harini dapat aku beraya bersama keluarga, kerumah abang2ku dan anak saudara di Kulai Johor, pertama pergi kerumah anak saudaraku Rashidah, kedua rumah Latipah, ketiga Rashid keempat rumah abangku Adzal Adziha dan last rumah abang sulongku Selamat. Selamatlah aku beraya dari pukul 2 ptg hingga 8 mlm, tiba rumah kul 10 mlm. Wah! sendat kereta...bawa anak saudara ku 4 orang anak yatim ku bawa sekali, kesian tgok mereka x siapa bawa berjalanraya, Aku rasa sangat berpuashati tgok mereka sangat gembira bersama anakku caca, ada lah caca tu kawan.

Anak-anak yatim dan Caca di tengah-tengah.

Anak kedua, Intan Nurulfateha

Suami ku.

Mama :)

Apa-apapun aku rasa aku telah menunaikan tanggungjawab untuk memberi anak-anak saudaraku sedikit kegembiraan, maalumlah dalam usia yang kanak-kanak mereka telah kehilangan tempat berteduh, tinggallah ibu yang memikul tanggungjawab, membesar, mendidik - memberi pelajaran, aku kagum dengan kakak ipar ku yang sentiasa menitikberat tentang didikan agama pada anak-anaknya, mcmana nk kata...kakak ipar lebihkan pelajaran agama dari yang lain...Mudah2an Allah memberi semangat ketabahan kepada ibu, pelindungan pada anak-anaknya, dan dimurahkan rezeki, dan dipermudah dalam segala urusan...InsyaAllah.

Bagi anak-anak mama yang maseh ada ibubapa - hargailah ibubapa, doakanlah ibubapa setiap kali selepas solat kerana ibubapa sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.

Friday, September 17, 2010

Salam Pagi Jumaat

Assalamulaikum...

Sudah seminggu AidilFitri berlalu...aku maseh x sempat untuk kerumah saudara rakan dan jiran, memang x berpeluang untuk pegi. Macamana nak kata...ni pulak dh mula keje. Aku bermohon pada semua sahabat handai, kawan2 dan jiran dapat memaafkan segala ketelanjuran, kata2 bicara yang terkasar...mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Pagi ni, hari Jumaat yang tenang, mudah2an ketenangan akan sampai kepetang...menyusun jari sepuluh memohon maaf dan mohon berundur diri. Wassalam.

Wednesday, September 15, 2010

Salam 1 Malaysia

Assalamulaikum...

Salam 1 Malaysia pada seluruh rakyat Malaysia...dan dapat pulak cuti 1 hari, memanglah seronok. Dapat rehat dan dapat sambung berhariraya lagi, Pada sesiapa yang sudi nk datang berhariraya, bolehlah ambil peluang ini ya, kueh raya pun masih banyak...sapa agaknya nak makan...rasa mcm beli x banyak tapi bila anak-anak balek bawa serbasedikit dh jadi banyak pulak...

Apa-apa pun ambillah peluang cuti ini untuk mengimbau kembali sangat gembira dan waktu sedih yang dialami oleh insan lain, mudah2an ketabahan ketahap manima, takut nak komen lebih2 cuma mudah2an kita selaku rakyat Malaysia yang cintakan Tanahair tempat tumpah darah akan terus Gemilang dan Terbilang dimata Dunia.

Wassalam...Salam 1 Malaysia untuk semua.

Monday, September 13, 2010

Setelah 9 hari bercuti...naek kerja penuh semangat

Assalamulaikum...

Setelah 9 hari bercuti, harini telah mula bertugas, naek kerja penuh semangat...maalumlah mood Hari Raya masih segar, walaupun bekerja, hati masih ingat kat umah, ada ke saudara mara datang arini.. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat memberi tumpuan pada tugasku.

Tengahari sewaktu balek untuk berehat...anak saudara datang pulak nk beraya, sambut mereka dengan hati yang gembira...walaupun penat. Wah! sedang asek berbual ada panggilan hp untuk hantar kes accident kehospital...x sempat buat apa-apa terus balek semula ke klinik. Tiba keklinik ada 2 kes yang perlu dihantar kehospital, bermaana memerlukan 2 ambulan, aku hantar kes yang pertama yg patah sebelah kaki dan tangan, yg satu kes lagi, dihantar oleh nurse lain, kes yang aku hantar settle dh dihospital, yg satu lg kes rosak pulak ambulan kat pertengahan jalan, lebih 10 km lg nk sampai kehospital, aku diarah untuk ambil kes tersebut. Wah! tengoklah betapa suspennya tugasku arini. Alhamdulillah, walaupun begitu aku rasa senanghati kerana dapat menghantar kedua2 kes dengan selamat. Mudah2an Allah memberi kesejahteraan pada kedua2 kes tadi dan ibubapa dapat bersabar.

Diakhirkata - berhati2 ketika memandu, bagi yang kereta besar, jgn pandu laju bila berada dikawasan kampung sebab sekarang ni musim perayaan, ramai remaja jalan beraya, Marhaban, berkumpulan, kita kena bertimbangrasalah ya.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya... Mohon kemaafan kepada semua

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya maaf zahir. Persiapan hari raya telah pun terlaksana. Penat rasa...tapi berbaloi, x pe setahun sekalikan...kita kena adakan suasana, Suasana itu sangat penting untuk dibuat kenangan dimasa-masa mendatang, supaya anak-anak faham dan dapat menghargai setiap kenangan yang aku tinggalkan jejaknya.

Keluarga tersayang.

Hari Raya pertama...abang-abangku datang menziarahi ibuku yang uzur - ibu merasa sangat2 gembira, senyuman terukir, aku gembira... Aku mempunyai enam orang adek beradek, mempunyai lima orang abang dan aku anak bungsu dan hanya aku seorang perempuan dalam keluargaku. Dalam adek beradek...abangku yang kedua telah kembali keRahmahtulAllah pada empat tahun yang lalu, mudah2an Allah mencucuri rahmat, keatas rohnya...inshaAllah. Kenangan bersama-sama abang-abangku sangat menyentuh...

Tak tahulah kenapa tiba-tiba hati ini jadi begini...tapi aku bersyukur sangat sebab suamiku, anak-anakku - Intan Nurlemsha, Intan Nurulfateha, Muhammad Adib, Muhamad Afiq dan Yang paling kami semua sayangi Intan Nurbatrishya dan ibuku Ramlah bt Abdullah selalu menjadi payung kehidupanku. alhamdullilah.

Hari Raya Hari Yang Mulia...bermaafan kita bersama.

Monday, September 6, 2010

Persiapan akhir menjelang Hari Raya...

Assalamulaikum...

Arini mama dah mula bercuti. Banyak kerja nak buat, tapi mama luangkan juga sedikit masa untuk bersama anak-anak mama dilaman blog ini, Anak-anak tahu anak-anak mama semua telah mula bercuti, kecuali anak mama along yang akan pulang pada hari Rabu. Berhati2 nak bila memandu, sabar...biar lambat asalkan selamat sampai kedistinasi.

Hari yang mulia ni diakhir2 Ramadhan, berhati2 bila berbelanja...rasa semuanya nak ditukar dengan yang baru, tapi jangan mengikut hati @ rasa nanti binasa...diakhir bulan dah menyesal.

Beringat2 sebelum berhabisan... Salam sayang dari mama.


Friday, September 3, 2010

Salam Sayang...untuk renungan anak-anakku,

Assalamulaikum...anak-anakku yang dikasehi...

Puasa telah hampir kepenghujung, dan Hari Raya akan menyusul pula. Persiapan telah dibuat serbasedikit yang termampu. ujudkanlah suasana yang ceria, lupakan kisah2 sedih, tidak perlu sedih, kita kena reda, sebab bagi mama sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, Allah nk duga kita, kita terima dengan sabar, tidak semua yang gembira berakhir dengan gembira. sebenarnya kehidupan memang tidak seindah yang diimpikan...

Mana-manapun, kekuatan ada pada keimanan, Allah menjadi saksi...minta dan berdoa dan merayulah pada Allah, kerana Ia lebih mengasehi kita...

Diakhirkata...mama mendoakan agar anak-anak mama sentiasa diberkati, dilindungi dan diberi kebaikan didunia dan akhirat.


Ella ft Awie Baldu Biru



Aktiviti yang Padat...

Assalamulaikum anak-anak mama yang disayangi,

Aktiviti mama hari ini mama dh set, Pagi...membudayakan Alquran, next - ke Sekolah bersama Doktor untuk sessi ceramah HPV (Human Papiloma Virus - untuk mencegah Kanser Servik) serba sedikit makluman untuk anak-anak - suntikan ni diberi pada murid Tingkatan 1, sebanyak 3 dos berselang bulan. next - gotongroyong wargakerja untuk menghias klinik sempena Hari Raya, Rehat kul 12.15tgh, blek rumah lak banyak kerja sedang menunggu...petang naik kerja kul 2.45ptg, mesyuarat pulak bersama Panel Penasihat - mesyuarat tentang sambutan Hari Raya. Blek kul 5.30ptg...balek kerumahku shurgaku, walaupun aktiviti padat...masa untuk ibuku tetap ada...ibulah banyak mendoakan aku. Terima kasih ibu...mmuuah. Semoga Allah menjaga ibu semasa ketiadaan aku disisinya.

Sesungguhnya... kasih ibu adalah kasih yang sejati...yang mendapat anugerah yang melimpah tanpa kita duga.


Thursday, September 2, 2010

Kasih Ibu.

Assalamulaikum..

Lagu lama tapi sangat berkesan...dihati mama.

Ibu...ibu...
engkaulah ratu hatiku,
bila kau berduka, aku hiburkan selalu
ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku.

Betapa tidak hanya engkaulah
yang menyinari hidupku
sepanjang masa engkau berkorban
tiada putusnya, bagai air laut
Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku...
tempat ku mencurah kasih...wahai ibu.

Hargai ibumu...inshAllah hidup akan diberkati.


Wednesday, September 1, 2010

Lupakan Hal Semalam...

Assalamulaikum...

Lupakan Hal Semalam...kita buka lembaran baru, yang tidak menyentuh hati sesiapa kecuali mama, biar mama saja yang tahu. Beginilah situasi kehidupan mama, sering memaafkan dan tidak suka nak panjang-panjang...telan semuanya.

Wah! pagi2 dah emosional...tidak! mama x nak mulakan hari ini dengan keadaan yang sedih...atau nada putusasa, mama akan jadikan harini lebih bermaana dari hari semalam.

Baiklah anak-anak yang disayangi, mama tidak dapat nak panjangkan coretan mama pg ni sbb ada lawatan oleh Pengarah ke klinik tempat mama bertugas. Mama nak ge kerja awal, nak buat persiapan apa yang patut.

Sesungguhnya mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mama...

Luv u all, bye.