Klik disini

Tuesday, August 31, 2010

Tersentuh.....

Salam...

Pagi ni naluri mama tersentuh...teramat sangat terguris, tentu anak-anak mama nak tahu apa yang membuat ibu ini terlalu berkecil hati....malam nanti mama akan sambung coretan mama lagi. Biarlah mama simpan dulu apa yang tersirat...


Merdeka..Merdeka..Merdeka

Salam...

Anak-anak mama dah bangun untuk sambut Merdeka...Bangun! Bangun! wah! masing2 tengah berdengkur...ni x leh jadi, apa mama nak buat sekarang...mencari idea bagaimana nak bangunkan dengan cara berhemah... Wah! semuanya dengan cara berhemah...pengsan nak layan.

Apa-apa pun keadaan kita rakyat Malaysia kena bersatu, berilmu, carilah ilmu demi masa depan dan Tanah Air tercinta.

Wassalam, Negaraku untuk semua. Luv U Malaysia.


Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Salam...

Merdeka...Merdeka...Merdeka, telah 53 tahun kita Merdeka, apakah sumbangan anak-anak pada Negara kita...x payah banyak, cukup sekadar kita berterima kaseh pada kerajaan kita. Elakkan terpengaruh pada kata-kata pembangkang yang mempunyai kepentingan lain. Dan jangan kita suka nak mencuba2 nasib...kerana sekali kita salah melangkah...susah.

Sempena hari Kemerdekaan ni, mama ingin menyampaikan pesanan pada anak-anak mama jangan lupa Daftar untuk Mengundi kalau dah cukup umur 21 tahun. Negara kita...terletak diatas pena kita.

Salam Kemerdekaan dari mama.


Sunday, August 29, 2010

Berhemah dalam segala hal...

Assalamulaikum...

Very Good Morning to all of u...today mama want to share how to be Berhemah dalam segala hal...

Kehidupan ni ada banyak ragam, x semua yang kita harapkan akan terlaksana, ia perlukan banyak kesabaran dan usaha serta berdoa. Sesuatu tidak datang bergolek...kita kena guna fikiran yang waras, tenang dan sentiasa menerima apajua keadaan dengan bersedia walaupun kadangkala memang x nak...tapi Allah duga kita...reda je lah, Syukur Ya Allah aku dapat menempuhnya dengan kudratmu.

Harapan mama anak-anak mama jangan cepat putusasa dan menyalahkan takdir...Usaha, doa dan bersyukurlah, sebab Allah lebih tahu apa yang disirat... Jagalah amanah yang diberikan pada anak-anak semua.

Sayang dari mama - kasihlah ibubapa, kerana ibubapa tidak pernah mendoakan yang tidak baik untuk anaknya - segala-galanya baik-baik belaka. Bye.


Friday, August 27, 2010

Kiss your Mum dan Dad today...

Jangan lepaskan peluang untuk memberi ciuman sayang pada ibubapa anak-anak hari ini... Kalau tidak biasa memang rasa janggal... So buangkan perasaan itu, lahirkan perasaan yang baru... Kita akan dapat kepuasan... Ibubapa pun akan tersenyum...airmuka kegembiraan jelas terbayang.


Sayang untuk ibubapa

Assalamulaikum anak-anak mama yang disayangi...

Setiap hari kita menunaikan kewajipan kita... Pada Allah, Alhamdullilah... Syukur Ya Allah, engkau tabahkan hati ku dalam menjalani ibadahmu dibulan Ramadhan yang mulia ini, permudahkanlah segala urusan ku Ya Allah dan lindungilah diri kami dari sebarang kesukaran. Aku bersyukur Ya Allah pada segala rezeki yang telah kau berikan kepada kami, berikanlah kepada kami rezeki yang halal supaya kehidupan kami lebih diberkati.

Dihari Jumaat yang mulia ni, pada anak-anak mama yang dekat dengan keluarga mahupun jauh diperantauan, luang-luangkan masa bersama ibubapa... Bagi yang tinggal bersama ibubapa, bisikanlah "Saya sayang mak", "Saya sayang ayah". Bagi yang jauh pula... Teleponlah mak ayah... Tanyakan khabar. Tiada ibubapa yang mendoakan perkara tidak baik untuk anak, doa ibubapa sangat penting untuk kehidupan. Berikanlah kasihsayang semasa ibubapa masih ada...bila kedua-dua telah tiada kita akan rasa kosong kehidupan...

Bagi anak-anak mama... Sayangi diri kamu sebagaimana Allah menyayangimu... Dan berilah kasih sayang pada ibubapa seolah-olah kita akan meninggalkannya untuk selama-lamanya.


Thursday, August 26, 2010

Salam Buat Anak-anak Tersayang...

Assalamulaikum... buat anak-anak mama yang disayangi.

Selamat menjalani ibadah puasa...ni dah hari ke 16, 14 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya. Buat anak-anak mama yang tinggal jauh dari ibubapa, dah beli ticket untuk pulang kekampung... Kalau sudah Alhamdulillah. Ni nk tanya, kalau tak dapat ticket nk buat camne, cian... Tak dapatlah mama nak tolong, klaau tak dapat toleh mana-mana datanglah kerumah mama....x de masalah, berhari raya dirumah mama. Kalau sudi...

Tahun ni mama amek cuti sebelum raya...dari 6hb. Aug. hingga 9hn Aug. + cuti Sabtu, Ahad and cuti raya, jumlahnya 9 hari. EH! apa nk buat ni cuti lama-lama, tahun ni mama nk buat lemang, lemang makan dengan rendang.... Hmm mmg sedap, lemang ni mama buat sendiri sbb klau buat sendiri x sama yang bli kat tepi jalan, kat tepi jalan tu kadang tak lemak, tawar...

Eh! tak puas hati betul... Kalau buat sendiri, special banyak... Lemang ni senang saja buatnya, yang masalahnya cuma nk bakar lemang... Sapa nk bakar n nk jaga api... Bakar lemang x boleh tinggal2 mcm msk ketupat, kita kena tunggu, kena balek2, tak mahu masak sebelah dan hangus.. Tukang bakar lemang ialah anak mama yang no. 3 Muhammad Adib... Gelaran kat umah Yeop. Yeop lah yang paling rajin membantu mama, anak mama yang ke4 Muhammad Afiq... Gelaran dekfiq... Byk nk upah, ehh sapa nak makan lemang buatan air tangan mama, dijemput datang kerumah pada Hari Raya pertama atau kedua.

Diakhir kata, pesanan dari mama... Berhemah di jalanraya... Banyakkan bersabar, tidak rugi kalau kita beralah dalam segala hal... Manisnya tetap menanti kita disetiap ruang... Allah bersama-sama umatnya yang sabar...


Saturday, August 21, 2010

Salam Takziah untuk Hairi sekeluarga...

Assalamualaikum...

Buat Hairi dan keluarga yang dikasehi...

Bersabarlah diatas kembalinya keRahmatuAllah nenda yang disayangi. Berdoalah keatas rohnya...semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan umat yang solehah.

Sesungguhnya kehidupan didunia memang tidak kekal...kita hanya dipinjam sementara...

Pesanan dari mama...

"Jangan ditangisi orang yang tiada...Ibu yang ada dijaga hatinya"


Thursday, August 19, 2010

Pantun Nasihat dari mama...

Assalamulaikum...

Umat Islam semua berpuasa,
Kecil besar tua dan muda,
Jika hidup pandai berbahasa,
Disayang orang dimana saja.

Subuh hari kita bersolat,
Untuk mencari keredaan Illahi,
Jika kita bersifat hasad,
Kemana pergi orang pun benci.

Ketenangan jelas diairmuka,
Suci jiwa dipandang mulia,
Berbaiklah dengan ibubapa,
Tiada DIA siapalah kita.

Salam sayang dari mama...wassalam...amin.


Wednesday, August 18, 2010

Kueh Raya Kegemaran Keluarga...

Salam...

Salam sayang untuk anak-anak yang dikasehi...

Hari ini mama nak menyentuh tentang kueh raya yang menjadi kegemaran mama. Mama dah mula tempah kueh dari kawan-kawan mama, mama memang tidak sempat nak buat sbb mama masuk keje kul 8.30pg dan balek pukul 5.30 ptg (mama kerja ambil waktu anjal ) Balek, lepas solat terus kedapur, nk masak pulak... Waktu malam, bila dah lepas berbuka puasa, badan dah letih, kalau tidak kuat semangat memang tidak buat kueh...

Tentang kueh kegemaran mama, setakat ni mama dah tempah 2 bekas Kueh Tart Nenas, 2 bekas Biskut Badam, 2 kg Kueh Lidah, 1 buku Kek Kukus, 1 buku Bundgeroll... Kueh ni semua rasanya sedap-sedap (ada lagi kueh yang mama belum order). Mama ada juga pesan anak mama yang kerja kat Penang beli Asam Jeruk dan buah Salak, Semuanya ini memang sedap... Jemputlah datang pada Hariraya nanti, nanti mama bagi duet raya...

Pesanan untuk anak-anak mama...jangan beli kueh yang offer, sebab biasanya kueh offer ni, kueh yang dah lama... Dan rasa pun tidak sedap.. Jangan tertipu dengan harganya yang murah...

Biar kita kalah membeli tetapi menang memakai - Biar mahal tetapi sedap.

Selamat bersahur...


Sunday, August 15, 2010

Kehidupan Allah beri hanya sekali...

Salam untuk anak-anak mama yang sedang beristirehat...

Setiap hari mama mesti cari idea apa yang harus di tulis di laman blog mama ini untuk tatapan anak-anak. Tidak ada apa yang menarik cuma mama ingin mengingatkan anak-anak supaya belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan... Ilmu pengetahuan amat penting. Bila cukup ilmu di dada, kehidupan akan lebih sempurna dan dapat menjanjikan masa depan yang terjamin.

Semasa remaja banyak dugaan dan pancaroba yang anak-anak akan tempohi... Mama pun faham, sebab mamapun pernah jadi remaja... Kecerdikan akal fikiran akan menjuruskan kemana arah yang patut dilalui. Jika hendak melakukan sesuatu jangan ikut kehendak hati... Tapi guna akal... Fikir tentang kebaikan dan keburukan. Jika menjurus kepada keburukan, abaikan...

Kehidupan Allah swt beri hanya sekali... Salam sayang dari mama untuk anak-anak mama yang dikasihi... Selamat malam..


Tema Vantage Untuk Hari Raya

Salam....

Tahun ini tema untuk Hari Raya untuk rumah mama adalah bertemakan Vantage. Tema ni adalah English Style, mama campur Malaysian style... Tapi tidak lah semuanya... Sebahagian saja. Jom tengok antara koleksi mama. Tak siap kemas lagi. Lain kali, mama akan letak gambar lagi.

Ruang Solat.

Bukan apa, mama suka warna pink, vantage pula keseluruhan memang banyak pink... Saja buat perubahan sedikit... Untuk cari kelainan. Tiap-tiap tahun mama sememangnya banyak idea... Mama suka menghias dalam rumah dan luar rumah termasuklah halaman.

Tempayan dalam rumah.

Di luar rumah hobby mama mengumpul tempayan, membeli tempayan antik, asal nampak antik mama akan beli buat collection... Dalam rumah pun mama ada letak tempayan juga. Tapi mama tidak beli yang mahal... Beli yang termampu saja. Jadi apa tema untuk anak-anak mama yang lain tahun ini?

Pesanan mama, berbelanjalah dengan berhemah ya....


Friday, August 13, 2010

Persiapan Untuk Menyambut Hari Raya sedang bermula...

Salam....

Pengalaman semasa di JJ Melaka tempohari amat menyentuh... Ingatkan nk jalan-jalan je - "Window Shopping" tapi tengok orang berasak-asak beli baju untuk si kecil mama pun cuba tengok-tengok... Mana tahu ada yang berkenan.... Suami, Nur Intan, Yeop... Sibuk melayan dak caca kat play ground, mama pulak amek peluang pilih baju untuk si buah hati mama - Caca.


Semua baju caca mama pilih warna pink - sebab itulah warna kegemaran mama dan caca. Mama tak dapat nak pilih banyak walaupun harga runtuh 50%, sebab gaji belum dapat lagi... So pada semua dah bolehlah survey awal, kalau tidak nanti tinggal yang tak cantek...

Selamat Berbelanja Dengan Berhemah.... Pesanan dari mama.

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menunaikan Ibadat Tarawikh dan Selamat Beristirehat...

Salam...

Untuk anak-anak ku dan rakan-rakan anakku yang sedang melalui laman blog ini,.. Terima kasih kerana  menjadi penyunjung laman blog mama ini,. Hanya ingin berkongsi cerita sepanjang hari yang mana, rasa letih sangat-sangat  masih lagi terasa ketika ini. Ialah kerja nak buat. Dirumah semua kerja dilakukan seorang diri.

Suami ada juga membantu, anak-anak mama yang lelaki dua orang tu ada juga menolong, Mereka nampak letih mama pun faham, tapi tidak seletih mama. Walau apapun mama melakukan semuanya dengan ikhlas, satu kepuasan dapat dipamerkan bila suami, anak-anak dapat menghargai penat lelah mama ini.

Terima kasih anak-anakku kerana memahaminya. Untuk anak-anak mama yang lain... Hargailah ibubapa selagi ia masih ada, mahupun jauh atau pun dekat... Jika tiada ibubapa kita akan rasa kehidupan ini kosong... Walaupun kemewahan kita dapat, kasih sayang ibubapa tidak boleh ditukar ganti....

Renungkanlah.... Sayang selalu dari mama... Mmuuah...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Salam..

Ini entry pertama ku. Saja nak gak ada blog sebab anakku mendorong. Dan  hari ni juga hari pertama umat Islam berpuasa. Rasa gembira kerana anak2ku semua berada bersama, kecuali anak sulungku yang jauh di perantauan, di Penang, kerana bertugas. 

Aku dah mula mengintai ke dapur apa lah menu untuk hari ini, Rasa macam nk masak ikan tenggiri masak lemak cili api bersama pucuk ubi. Menu ini adalah kegemaran suamiku. Lauk ini sedap dimakan bersama nasi atau pun roti.... Nak resepi bolehlah request... :)

Ok lah nak ke dapur.. Bye.