Klik disini

Sunday, January 30, 2011

Album Religi Afgan - PadaMU Ku Bersujud With Lyric

Assalamulaikum buat anak2 yang dikasehi...

Lagu yang sangat bermaana...

Kau tempat ku meminta
Kau berikan ku bahagia...

Bersyukurlah anak2...

Sayang selalu dari mama.

Saturday, January 29, 2011

First Cut is the Deepest - by Rod Stewart

This song is so sick for me...and if you want i.ll try to luv again...evening song for people who know me... sweets memories for all.

Belajar...dari pengalaman...

Assalamulaikum anak2ku yang dikasehi...

Belajarlah anak2ku...dunia ada banyak ragam, jika kita salah pilih langkah...kehidupan yang diimpikan akan berakhir...masa tu jangan dikesalkan lagi dan masa tu juga jangan salahkan ibu yang mengandungkan kamu...ibubapa sentiasa mendoakan kesejahteraan anak2...ingin anak2nya berjaya didunia dan diakhirat...bila anak2 telah dewasa jangan ketepikan ibubapa dalam apajua persoalan...kerana ibubapa ada pengalaman dan adalah pakar runding - sekilas ikan diair...telah tahu jantan betina.

Anak2 kena faham...bila ibubapa membuat teguran, ini bukan bermaana ibu tak sayang...atau ibu cerewet. Ini bermaana ibu dah nampak...adalah yang tak kena dimata ibu...ibu ada firasat...

Diakhirkata...walaubagaimana sayang pun kita pada seseorang, kita kena lebih sayangkan ibubapa...dan walaumacamana sayang pun kita dengan seseorang... sayangi diri sendiri yang utama...

Sayang pada Allah dan Rasul...sayang selalu dari mama.

Thursday, January 27, 2011

Thursday, January 20, 2011

Koir untuk Hari Ucapan Dasar Pejabat Kesihatan Daerah Muar...

Assalamulaikum...anak2ku yang disayangi,

Pada 22.3.11 kumpulan Koir Pesona Warisan Pejabat Kesihatan
daerah Muar akan mempersembahan koir, 5 lagu telah dipilih untuk Majlis Ucapan Dasar 2011 peringkat daerah di Muar Traders Hotel...Lagu wajib ialah Negaraku, lagu Johor dan Kami Sedia Membantu, Lagu selingan adalah lagu Nyalakan Tekad dan Standing in the Eyes of the world. Esok petang latihan sekaligus rehersal...pada yang terlibat diminta ambil perhatian yea...

Kadang2 kita rasa macam malas tapi ini juga adalah arahan, jika kita telah melangkah susah untuk kita berpatah balek sebab...ini juga adalah kearah nilai2 murni untuk menerapkan rasa cinta kasihsayang pada diri kerjaya dan negara.

Akhirkata - apapun yang kita lakukan...lakukan dengan kesungguhan.

Sayang selalu dari mama.

Saturday, January 8, 2011

Hari dengan landskap...

Assalamulaikum...anak2 yang dikasehi,

Penat sungguh hari ni tapi berbaloi bila tengok persekitaran rumah penoh dengan pokok2 yang menghijau, mama dan suami menghabiskan hari cuti dengan landskaping. Segar rasanya bila banyak keringat yang keluar...rasa sehat. Hobby mama dari dulu hingga sekarang menanam pokok...okid, ros...suka bunga2 yang wangi. Bila tengok bunga hati yang layu jadi segar...hehehe.

Akhirkata - wangi bunga akan menwangikan kehidupanku...

Sayang selalu dari mama.

Thursday, January 6, 2011

Menanti itu menyeksakan...

Assalamulaikum buat anak2 yang dikasehi....

Mama nak cerita sedikit didairi ni...kesuatu tempat yang agak rashia, menanti dah hampir setengah jam, bila no dipanggil salah kaunter pulak...ambil no lain yang dikatakan betul, hampir 45 minit baru no dipanggil...dah selesai urusan peg. offer insuran...sorilah, dahlah menunggu lama...last2 nk jual insurance pulak...memanglah mama tak layan...hati sakit tdi maseh belum hilang.

Nasihat mama - jika kita bekerja...bekerjalah dengan ikhlas dan bersungguh2...kerana jika tiada pelanggan siapalah kita...

Akhirkata, jika kita berbudi jangan harap dibalas...

Sayang selalu dari mama...

Nasihat untuk anak2 mama...

Assalamulaikum...mama dalam keadaan yang amat tertekan, macam2 yang hendak difikirkan, berserabut...Alhamdullilah...Allah telah memberi laluan untuk segala permasallahan....dalam apa keadaanpun hanya Allah yang dapat menyelesaikan masallah,yang kita perlu lalukan hanyalah berdoa...kunci segala kejayaan.

Akhirkata - berhati2 dalam menyelesaikan masallah, jangan guna kata hati, guna akal. Biar berat bahu memikul...yang dapat meringankan hanya Allah.

Bye sayang. Amin.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Menyambut 2011...

Assalamulaikum...

2011 menjelma...meninggalkan 2010 yang terlalu banyak ceritanya, ada cerita suka dan tidak kurang cerita sedih, biarlah yang berlalu itu terus berlalu mengikut arus edaran waktu dan untuk 2011 kita buka lembaran baru....

Anak2 yang dikasehi...apalah ada pada waktu jika kita sendiri tidak pandai untuk menyusun masa. Masa amat berharga...seperti emas katanya, tapi adakah kita menghargainya.

Akhirkata, sayang selalu dari mama.